Respi Asas Buat Kek Sukatan Cawan


Resepi Asas Buat Kek Sukatan Cawan | Kalau dilihat pada carian Google mengenai sukatan membuat kek , anda akan menemui pelbagai jenis sukatan membuat kek yang berbeza mengikut jenis kek yang dihasilkan . Sudah tentu sukatan membuat kek keju tidak sama dengan sukatan membuat kek coklat



Kadar Sukatan Asas Buat Kek Sukatan Cawan


Untuk memudahkan anda menentukan sukatan asas membuat kek , berikut adalah sukatan asas membuat kek yang anda boleh jadikan panduan untuk membuat kek lain seperti kek lobak merah , kek red velvet dan sebagainya . 


Kadar Sukatan Asas Buat Kek Sukatan Cawan

 Sukatan asas untuk buat kek adalah :


  • 3 biji telur grade A
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan minyak jagung / butter cair @ 1/2 cawan butter


Kadar Sukatan Asas Buat Kek Sukatan Cawan

Cara membuatnya seperti berikut :


1- Putar telur bersama gula dan essen vanila sehingga kembang .

2- Ayak tepung gandum bersama soda biarbonat dan baking soda .

3- Masukkan adunan tepung ( 2 ) ke dalam ( 1 ) . Putar guna kelajuan sederhana . Bila sudah sebati , tutup .

4- Masukkan butter cair , kacau guna kaedah kaup balik menggunakan sudip sehingga sebati .

5- Sapukan butter pada loyang .

6- Masukkan adunan kek ke dalam loyang .

7- Bakar mengikut suhu oven anda begitu juga dengan masanya .


Sukatan asas membuat kek diatas itu adalah untuk menghasilkan kek yang boleh dihidangkan untuk 3 atau 4 orang sahaja . Jika anda mahu menghasilkan kek yang lebih besar , anda hanya perlu gandakan untuk sukatan telur , tepung , gula , dan minyak atau butter .


Semoga bermanfata untuk anda .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon