Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor | Setiap kali menjelang 10 Muharam , kita digalakkan membuat bubur asyura . Jika mengikut sejarah asal terhasilnya bubur asyura , mereka menggunakan gandum dan 7 jenis bijirin .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor

Bubur Asyura 


Terdapat pelbagai jenis bubur asyura di Malaysia mengikut negeri masing - masing. Jika di bahagian utara dan pantai timur , bubur asyura seperti kuih bingka . Rasanya manis dan menggunakan bijirin . Bubur itu pula perlu di masak berjam - jam sehingga lembut dan sebati semua bahannya . 

Di bahagian Pahang , Perak , Selangor , Melaka dan Johor , bubur asyura di masak menggunakan beras sama seperti memasak bubur lambuk . Terdapat campuran daging dan bijirin di dalamnya .

Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


Oleh kerana Cynta orang Johor , jadinya Cynta dah biasa buat bubur asyura Johor sama seperti masak bubur lambuk . Cuma bezanya , bubur asyura menggunakan 7 jenis bijirin selain daging ayam / lembu serta bahan campuran lain seperti lobak merah dan jagung . Terpulang pada anda nak masukkan apa dalam bubur asyura sebagai bahan campuran .

Kalau anda nak masukkan bijirin , pastikan bijirin itu anda telah rendam semalaman dan rebus hingga lembut .

Untuk memudahkan proses memasak bubur asyura , Cynta ada cara tersendiri . Caranya mudah dan anda pasti boleh melakukannya . Berikut adalah langkah yang anda perli lakukan untuk menyediakan bubur asyura Johor .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


1- Masak nasi sehingga menjadi bubur .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


2- Ketuk kasar kunyit , halia , bawang putih , lengkuas dan serai
3- Ambil periuk , masukkan air , masukkan bahan yang diketuk .
4- Bila air dah mendidih , masukkan ayam , bijirin yang anda sudah rebus , jagung , lobak merah , sedikit garam dan kiub ayam . Kecilkan api .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


5- Mayang halus bawang merah dan bawang putih .
6- Panaskan minyak , masukkan rempah tumis ( buah pelaga , bunga lawang , kayu manis dan lada hitam yang ditumbuk kasar ) , serai yang diketuk dan daun limau purut.
7- Masukkan bawang putih dan merah yang dimayang halus . Goreng hingga kekuningan .
8- Masukkan secawan sup ayam tadi .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


9- Bila bahan tumis dalam kuali dah mendidih , angkat kuali , tuangkan semuanya ke dalam periuk berisi sup . Pastikan sup dalam periuk mendidih .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


10- Masukkan bubur ke dalam periuk . Gaul sebati .


Cara Mudah Buat Bubur Asyura Johor


11- Rasa sama ada cukup perasa ke tidak . Kalau tak cukup boleh tambah perasa lagi .
12- Tutup api , siap untuk dihidangkan .



~ Air Tangan Cynta Zaa ~



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon