Pelbagai Jenis Cuka Dan Kegunaannya


Pelbagai Jenis Cuka Dan Kegunaannya | Di dapur , cuka merupakan salah satu bahan penting dalam masakan . Bagi masyarakat melayu , cuka bukan sekadar menjadi penambah rasa dalam masakan seperti masakan acar , sambal asam , jeruk buah dan sebagainya , malah juga digunakan dalam merawat luka .


Pelbagai Jenis Cuka Dan Kegunaannya

Manfaat 


Penggunaan cuka dalam kehidupan sudah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu . Dalam sejarah ada menyatakan Ratu Cleopatra telah menggunakan cuka dalam menjaga kecantikannya supaya kelihatan awet muda. 

Masyarakat Britain pula menggunakan cuka untuk membersihkan peralatan seperti mengilap cermin , perabot  , tembaga dan juga perak . 

Dalam bidang perubatan , cuka digunakan untuk membersihkan peralatan dan persekitaran . Di China , cuka dgunakan sebagai ubat untuk menghapuskan penyebaran penyakit pneumonia pada tahun 2003 . 

Askar-askar Rom diberikan cuka sebagai minuman tonik untuk kesihatan dan kekuatan untuk berperang dan dikatakan menjadi salah satu faktor kejayaan Empayar Rom .

Kerajaan Mesir purba menggunakan cuka sebagai salah satu bahan untuk mengawet mayat ' mumia ' . Selain mengawet mayat , cuka juga digunakan dalam mengawet makanan .

Pelbagai Jenis Cuka Dan Kegunaannya


Di seluruh dunia , terdapat pelbagai jenis cuka dengan pelbagai khasiatnya juga . Cuka - cuka tersebut dibuat menggunakan bahan yang berbeza mengikut negara . Malah pelbagai jenis cuka itu juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan mengikut kesesuaian negara mereka . 

Mari kita kenali pelbagai jenis cuka dan kegunaannya .

1- Cuka Epal


Cuka epal sudah tentu diperbuat daripada buah epal . Warnanya agak coklat kekuningan sedikit . Cuka epal sedap dicampurkan di dalam jus buah-buahan dan koktail .

2- Cuka Balsamic


Cuka Balsamic dihasilkan daripada buah anggur putih ( Trebbiano ) . Buah anggur diperah jusnya , kemudian dimasak sehingga kandungan gulanya menjadi pekat . Selepas itu , jus anggur diperam menggunakan proses frementasi sehingga menjadi cuka . 

Di Itali , penghasilan cuka Balsamic sudah bermula sejak lebih beribu tahun dahulu . Untuk menghasilkan cuka Balsamic , jus anggur diperam selama lebih seratus tahun . Maka sebab itulah cuka Balsamic diberi jolokan ' the saffron of vinegar world ' . 

Cuka Balsamic selalunya dijadikan sebagai dressing pada salad dengan tujuan untuk mengeluarkan rasa buah di dalam salad tersebut seperti buah rasberi , strawberi , beri biru dan juga hitam .


3- Cuka Putih Tebu


Cuka putih tebu atau juga dkenali sebagai Sukaang Maasim ( cuka masam ) sering digunakan dalam masakan Filipina terutamanya resepi Ayam Adobo .


4- Cuka Kurma


Cuka kurma wujud sejak zaman Rasulullah lagi . Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah suka makan roti bercecah cuka . Kegunaan cuka kurma bukan sekadar  untuk masakan tetapi juga untuk  melegakan sakit kepala dan mengurangkan kesakitan akibat melecur .

5- Cuka Kelapa


Di Sri Lanka dan India , air kelapa diperam melalui proses frementasi untuk dijadikan cuka . Cuka kelapa ini digunakan dalam banyak masakan tradisi Goa .

6- Cuka Kurozu Jepun


Cuka Kurozu Jepun diperbuat dari beras dan mengandungi asid amino yang tinggi . Pada tahun 2004 , kerajaan Jepun telah mempromosikan cuka Kurozu sebagai minuman berkhasiat . Kajian terbaru pula mendapati bahawa cuka Kurozu mampu merawat kanser .

7- Cuka Hitam Cina


Cuka Hitam Cina terdiri daripada pelbagai jenis seperti cuka Zhenjiang dan cuka Shanxi . Terdapat banyak bahan campuran seperti gula dan rempah ratus dalam menghasilkan cuka hitam . Campuran gandum dan millet adalah untuk menghasilkan cuka Zhenjiang.  Cuka Shanxi pula sangat popular , diperbuat dari sorghum dan diperam dalam jangkamasa yang lama .

Untuk menghasilkan dressing untuk salad yang sedap , anda perlu gabungkan 3 jenis cuka menggunakan sukatan yag sama dengan 3 sukatan minyak zaitun . Masukkan sedikit garam , lada hitam dan gula dan gau sebati . Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus . Dressing ini dinamakan Vinaigrette .

Di rumah Cynta ada dua jenis cuka iaitu cuka tiruan ( cuka putih ) dan cuka epal . Cuka tiruan digunakan sebagai campuran dalam masakan manakala cuka epal digunakan sebagai makanan tambahan . Cynta minum sesudu cuka epal sebelum tidur supaya cuka itu dapat bersihkan segala kekotoran yang melekat di kolon .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon