Resepi Mudah Sup Kentang Berkeju | Selalunya bila nak bersarapan , suri rumah akan pening nak decide masak apa . Tak kan asyik nak buat nasi goreng je kan. Menghadap nasi lemak , cekodok , sandwich setiap pagi pun jemu juga kan .
Resepi Mudah Sup Kentang Berkeju
Satu pagi , bila Cynta tengah pening lalat fikir nak buat sarapan apa , tetiba Cynta ternampak ada sedikit fanfries dalam peti sejuk . Maka teringatlah Cynta bahawa di dalam peti sejuk itu juga masih ada lagi cheese cream yang berbaki . .
Mula-mula Cynta ambil periuk , isikan air . Bila air dah mendidih , masukkan funfries . Banyak funfries tu sekadar sama rata dengan paras air . Pastu , kacau perlahan-lahan sehingga funfries hancur .
Bila funfries dah hancur , keluarkan dan masukkan ke dalam pengisar . Masukkan sedikit garam , lada sulah dan cream cheese . Cream cheese tu agak-gaka sendirilah banyaknya ya . Kemudian kisar .
Kalau rasa tak cukup air , masukkan sedikit air masak . Boleh juga tambah susu segar / cair atau minyak zaitun jika ada .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon