Cara Mudah Kekalkan Seri Wajah Dan Kelihatan Awet Muda


Cara Mudah Kekalkan Seri Wajah Dan Kelihatan Awet Muda | Cantik itu sesutu yang bersifat universal . Setiap orang memandang kecantikan wajah itu dari sudut pandangan yang berbeza . Ada cantik semulajadi , ada juga cantik selepas disolek . Apa yang lebih penting adalah penjagaan yang membawa kepada kecantikan .

Kecantikan bukan sahaja dengan memiliki wajah yang lembut , dan licin serta bersih dari jerawat , kulit kusam , kedutan dan jeragat tetapi juga memiliki kecantikan fizikal . Kecantikan fizikal adalah gambaran personaliti individu malah menjadikan seseorang itu memiliki keyakinan yang tinggi .

Penjagaan kecantikan jika diabaikan akan menghasilkan kedutan di wajah sebelum tiba masanya disebabkan kulit yang kering , kulit juga akan kelihatan kusam kerana terdapat banyak lapisan sel kulit mati , muka akan penuh jeragat kerana tidak menggunakan krim pelindung matahari dan jerawat bermaharaja lela kerana wjah tidak dicuci dengan betul .


Cara Mudah Kekalkan Seri Wajah Dan Kelihatan Awet Muda


Cara Mudah Kekalkan Seri Wajah Dan Kelihatan Awet Muda


Jika mahu kekalkan seri wajah dan mahu wajah kelihatan awet muda untuk jangka masa panjang , penjagaan wajah dan tubuh yang konsisten perlu dilakukan . 

Untuk mengekalkan seri wajah dan kelihatan awet muda dari usia sebenar , anda perlu lakukan perkara-perkara berikut .

1- Banyak Minum Air


Minum air yang banyak bukan sekadar penghilang dahaga , malah turut membantu menghilangkan toksin dari dalam badan dan menjadikan badan sentiasa bertenaga .

2- Bersenam


Senaman akan membantu peredaran darah berjalan dengan lancar . Bila peredaran darah lancar , badan anda juga menjadi sihat . Selain itu , senaman dapat membakar lemak dalam badan dan juga menghasilkan perpeluhan dan peluh akan keluar bersama toksin .


3- Tidur Yang Cukup


Tidur yang berkualiti adalah 8 jam sehari . Kebiasaannya , manusia hanya dapat tidur selama 6 jam . Jika kurang dari 6 jam , badan anda akan jadi lemah dan kurang bertenaga . Otak anda juga jadi lambat untuk berfikir dan badan anda jadi lambat bertindak balas .

4- Bebas Solekan 


Jika tidak perlu ke majlis yang memerlukan wajah disolek , adalah lebih baik bebaskan wajah dari solekan . Ini kerana , terdapat banyak alat solekan yang mengandungi bahan kimia yang akan menyebabkan wajah berjerawat dan berparut .

5- Jangan Merokok


Perokok tegar akan menjadikan wajahnya menjadi cepat tua dari usia sebenar . Kandungan narkotin dalam rokok juga menjadikan sistem tubuh terganggu seterusnya menjadikan tubuh tidak sihat dan wajah kelihatan tidak berseri .

6- Elakkan Tekanan


Tekanan akan menyebabkan wajah mudah ditumbuhi jerawat . Selain itu , tekanan juga akan mempercepatkan proses penuaan berlaku . Banyakkan mendengar muzik boleh meredakan tekanan .

7- Manjakan Diri


Luangkan sediit masa yang ada untuk pergi ke SPA atau salon uga sauna . Lakukan urutan tubuh dan buat rawatan muka serta mandi herba agar dapat bangkitkan aura pada wajah . Boleh juga lakukan sendiri di rumah .

8- Makanan Berkhasiat


Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran . Amalkan juga minum susu sebelum tidur . Kurangkan makan makanan berminyak dan makanan segera yang dibekukan . Kurangkan makan nasi dan gantikan dengan roti . Ambil vitamin tambahan jika diperlukan. Makan bila terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.

9- Ketawa


Gaya hidup yang ceria menjadikan anda lebih positif dalam apa juga yang anda lakukan . Jangan jadikan masalah itu satu bebanan sehingga anda tidak mampu untuk tersenyum .

10- Jamu


Jika anda seorang yang berani dengan rasa yang pahit  dan sukakan herba , makanlah jamu yang dipercayai kandungan khasiatnya . Jamu adalah satu-satunya yang mudah menaikkan seri wajah dan membuat anda kelihatan awet muda .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon