Khasiat Bayam Kawal Berat Badan



Khasiat Bayam Kawal Berat Badan | Dalam cerita kartun popeye , apabila popeye makan bayam , dia jadi bertenaga untuk melawan musuhnya . Dalam kartun popeye juga , ia mendidik kanak-kanak supaya makan bayam kerana percaya bahawa sayur bayam menjadikan manusia kuat .


Khasiat Bayam Kawal Berat Badan


Penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati bahawa memakan sayur bayam sebenarnya dapat mengawal berat badan . 

Hasil kajian mendapati bahawa daun bayam mempunyai bahan yang boleh ' menipu ' tubuh dengan rasa kenyang yang berpanjangan . Bahan ini akan merendahkan penghadaman lemak , ' menipu ' perut yang separuh penuh bahawa kita masih kenyang . 

Apabila sayur bayam dimakan dengan bahan berlemak seperti burger , biskut dan pai , ia boleh mengelakkan rasa lapar lantas menghalang obesiti .

Saintis dari Universiti Lund , Sweden telah memberi tumpuan kepada ciri-ciri kloroplas-sel yang digunakan untuk fotosentisis dalam daun . 

Eksperimen yang dilakukan ke atas tikus menunjukkan bahawa thylakoids dalam kloroplas dapat melambatkan penghadaman lemak dan mengurangkan selera makan . Separuh haiwan diberikan diet lemak tinggi dengan tambahan thylakoids , manakala yang lain hanya diberikan makanan . 

Tikus yang diberikan makanan tambahan mengalmi penurunan berat badan dan paras gula dan lemak juga menurun . Ini menunjukkan tanda kesihatan yang baik .

Penyelidik Rikard Kohnke berkata , penemuan berkenaan bakal membawa kepada makanan tambahan thylakoids . Bahan berkenaan sesuai diletakkan dalam makanan kaya dengan lemak seperti pai atau cookies .

Walaupun begitu , untuk menjadikan ianya berhasil , manusia perlu makan sebanyak 0.5 kg sayur bayam mentah sehari untuk mendapatkah sumber thylakoids . Tetapi apabila thylakoids diasingkan dan ditulenkan , hanya perlukan beberapa gram untuk mengawal berat badan .

Ada juga yang mengatakan bahawa bahan berkenaan akan membalut lemak yang berada dalam usus dan menghalang enzim bertindakbalas seperti biasa . Ini menjadikan kita merasa kenyang lebih lama dan menghalang kita makan secara berlebihan  .

Bayam diketahui kaya dengan zat besi yang boleh meningkatkan keupayaan otak sehingga ke usia lanjut . 

Sayur bayam ini juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh menyekat kesan radikal bebas - toksin yang dihasilkan oleh tubuh dan boleh merosakkan sel serta boleh membawa kepada sakit jantung , kanser dan stroke . 




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon