Cara Mudah Buat Krim Kek Sukatan Cawan | Menghasilkan kek tanpa menghiasnya akan membuat kek anda nampak hambar walaupun rasanya sedap . Justeru itu , menghias kek adalah penting untuk menarik perhatian orang supaya berminat untuk memakan kek yang dihasilkan walaupun kek itu tidak sedap .
Krim Kek
Krim kek merupakan topping kek yang diletakkan sama ada sekadar di atas kek ataupun pada keseluruhan kek bertujuan untuk menambah kecantikan kek .
Krim kek boleh menghasilkan pelbagai deko rekaan . Antara rekaan yang popular dan sering digunakan sebagai hiasan pada topping kek adalah bentuk bunga , daun , buah serta hiasan ringkas disekeliling kek .
Ada tiga bahan asas yang anda boeh gunakan untuk menghasilkan krim iaitu mentega / marjerin , krim keju dan putih telur . Ketiga - tiga bahan ini akan digandingkan dengan gula sebagai pemanis krim .
Cara Mudah Buat Krim Kek Sukatan Cawan
Mungkin ramai antara anda yang tidak pernah mencuba membuat krim untuk menjadi hiasan kek . Meletakkan coklat cair dirasakan lebih mudah dan kurang lemak berbanding menggunaan krim yang menggunakan butter .
Jika sesekali anda cuba menggunakan krim dengan menghasilkannya sendiri , mungkin anda akan rasa bahawa krim juga sedap selain cantik untuk dijadikan hiasan yang pelbagai di atas kek . Oleh itu , berikut adalah cara mudah untuk buat krim kek sukatan cawan yang anda boleh buat sendiri di rumah .
Bahan - bahannya :
1 1/2 cawan marjerin
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
3 sudu besar susu tepung / creamer
Cara membuatnya :
1- Campurkan semua bahan dalam satu bekas .
2- Putar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga menjadi ringan , putih dan gebu .
3- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan warna yang berbeza jika anda mahu gunakan banyak warna .
4- Sapulah pada kek anda .
Mudah sahaja bukan resepi krim kek ? Memang mudah . Yang paling pasti , resepi krim ini lebih kurang rasanya seperti krim kek yang anda beli di kedai .
Lihat Juga :
Kadar Tukaran Asas Gram Ke Cawan
Resepi Asas Buat Doh Roti Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Muffin Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Span Sukatan Cawan
Kadar Tukaran Asas Gram Ke Cawan
Resepi Asas Buat Doh Roti Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Muffin Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Span Sukatan Cawan
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon