Ayam Percik Madu Berempah


Ayam Percik Madu Berempah | Kalau anda google resepi ayam percik , banyak versi resepi ayam percik yang anda akan jumpa antaranya ayam percik madu . Kalau ikut resepi ayam percik popular dari Kelantan , dah tentu ayam perik madulah . 


Ayam Percik Madu Berempah

Ayam Percik Madu Berempah


Cynta ni ada habit suka ubah resepi . Tokok tambah dan kurangkan ikut citarasa Cynta . Resepi asal Cynta dapat dari resepi ayam percik madu dan Cynta ubah menjadi ayam percik madu berempah . Apa yang berempah sangat dan jenis rempah apa yang Cynta guna , jom tengok resepi ayam percik madu berempah di bawah :

Bahan - bahannya :


10 ketul Dada ayam
Madu
Halia
Kunyit
Serai
Bawang putih
Bawang Merah
Halba
Ketumbar ( tumbuk kasar )
Jintan Manis ( tumbuk kasar )
Bunga lawang
Kayu manis
Buah Pelaga
Cili Kisar
Kiub ayam
Santan pekat
Asam Jawa

Cara Membuatnya :


Ayam Percik Madu Berempah


* Bahan Perap 


Tumbuk  kasar  bawang putih , halia , kunyit dan serai , kemudian lumurkan pada dada ayam bersama sedikit garam dan asam jawa . Simpan semalaman .


Ayam Percik Madu Berempah

* Masak Ungkep


Ambil ayam yang diperap semalaman , masukkan ke dalam kuali . Jangan masukan minyak ya . Tutup ayam sehingga ayam keluarkan air dalam lebih kurang 5 hingga 10 minit .


Ayam Percik Madu Berempah

* Kuah Ayam Percik


Bila ayam dah keluarkan air , masukkan santan pekat , cili kisar , kiub ayam , buah pelaga , bunga lawang , kayu manis , halba , ketumbar , jintan manis , madu dan serai yang diketuk . Gaul bagi mesra . Selepas 10 minit , keluarkan semua dada ayam , masak kuah hingga pekat .


Ayam Percik Madu Berempah

* Panggang Ayam


Keluarkan dada ayam dari kuali , masukkan ke dalam loyang , sapukan madu ke atas dada ayam . Bakar selama 20 minit  dengan suhu mengikut jenis oven masing - masing . Cynta guna suhu 160 darjah . Selepas itu keluarkan ayam , sapukan pula kuah ayam percik ke atas dada ayam . bakar selama 30 minit atau sehingga garing . Terbalikkan dada ayam dan lakukan proses yang sama . Selepas itu , keluarkan dan boleh hidangkan .


Ayam Percik Madu Berempah

* Menghidang


Semasa menghidangkan ayam percik , tuangkan sedikit kuah ke atas dada ayam .


Rasanya cara yang Cynta ajar di atas sangat mudah untuk anda memahami dan mengikutinya . My anak buah kata sedap . Tapi serius memang sedap bila Cynta rasa sebab semua rasa ada . Ada masam , manis , lemak dan masin . Anda kena pandai agak meletakkan semua bahan perasa untuk seimbangkan rasanya .



~ Air tangan Cynta Zaa ~



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon