Resepi Mudah Kerabu Kacang Botor | Kacang Botor merupakan sejenis sayuran yang dimakan mentah sebagai ulam . Boleh juga dimasak tumis atau goreng , masak lemak juga sebagai campuran di dalam nasi goreng . Banyak khasiat kacang botor ni sebenarnya .
Resepi Mudah Kerabu Kacang Botor
Kacang botor yang berwarna hijau dan berbentuk memanjang , memiliki beberapa ruas pada batangnya . Jika dijadikan kerabu kacang botor ketika kacang botor masih muda , akan terasa kerangupannya bila dikunyah . Rasanya juga sedap dan segar .
Untuk menghasilkan kerabu kacang botor yang enak lagi segar , ikuti saja langkah-langkah pembuatan resepi mudah kerabu kacang botor yang enak dibawah .
Untuk menghasilkan kerabu kacang botor yang enak lagi segar , ikuti saja langkah-langkah pembuatan resepi mudah kerabu kacang botor yang enak dibawah .
Bahan Yang Diperlukan
Kacang Botor
Taugeh
Ikan Kembung Panggang
Kelapa Parut
Cili Padi
Bawang Besar
Bawang Putih
Biji Cekur
Serai
Limau Kasturi
Garam
Cara Membuatnya
1- Tumbuk kasar cili padi , bawang putih dan biji cekur .
2- Goreng kelapa parut tanpa minyak atau sangan bersama bahan yang ditumbuk ( 1 ) sehingga semua bahan sebati .
3- Keluarkan bahan no 2 dan masukkan ke dalam manguk . Masukkan garam dan perahan limau nipis . Kacau sehingga sebati .
4- Hancurkan isi ikan , masukkan ke dalam mangkuk . Kacau sebati .
5- Hiris kacang botor dan serai , masukkan ke dalam mangkuk .
6- Potong dadu bawang merah / besar , masukkan ke dalam mangkuk .
7- Masukkan taugeh .
8- Gaul semua bahan dalam mangkuk hingga sebati .
9- Sedia untuk dihidang .
Meratah Untuk Diet
Makan kerabu tanpa nasi / meratah sahaja adalah diet terbaik bagi anda yang mahu kurus dengan mudah . Ini kerana , kacang botor mengandungi serat yang tinggi . Anda boleh juga makan kerabu kacang botor bersama roti yang dijadikan sandwic .
~ Air Tangan Cynta Zaa ~
1 comments:
Write commentswah sedapnya..teringin nak buat..tapi makan sorang jer tak syok plak..
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon