Cara Mudah Halau Belalang Makan Daun | Di pagi minggu yang cerah dan indah , tergerak hati hendak membelek pokok bunga dan tanaman di halaman yang sekangkang kera saja besarnya . Tetiba terperasan pula satu dahan pokok yang tiada daun .
Belalang Kunyit
Pada mulanya terasa pelik . Terdetik di hati , makhluk gerangan apakah yang makan daun itu . Dalam pada membelek dari atas ke bawah , rupanya dahan di sebelah bahu bertenggek tiga ekor belalang kunyit . Dari bapak , anak sampailah ke cucu .
Belalang kunyit ini sebenarnya boleh dimakan . Belalang kunyit boleh dimasak rendang atau digoreng untuk dijadikan hidangan . Rasanya rangup seperti keropok .
Ada juga yang mengatakan bahawa dengan memakan belalang kunyit ini , otak kita akan menjadi lebih bijak dan cerdas berfikir . Betul ke tidak , Cynta sendiri tak tahu . Maklumlah , sekadar cerita dari mulut ke mulut tanpa bukti kajian saintifik .
Cara Mudah Halau Belalang Makan Daun
Kalau anda rajin menanam pokok tak kiralah pokok bunga ataupun pokok sayur , belalang kunyit sudah tentu jadi musuh anda . Ada jenis daun tertentu yang belalang kunyit suka makan seperti daun pokok palma , daun pokok bunga ros dan lainnya .
Bila perkara itu terjadi , anda jangan bimbang , sebab ada cara mudah untuk halau belalang kunyit dari memakan daun pokok tanaman anda . Anda hanya perlu dapatkan bahan tersebut dari dapur anda sahaja .
Racun Organik
Anda hanya perlukan 1 liter air , 1 sudu besar serbuk cili / cili padi merah yang ditumbuk / lada hitam yang ditumbuk , 1 sudu besar sabun cuci pinggan , 1 sudu besar minyak masak dan 4/6 biji bawang putih yang ditumbuk untuk hasilkan racun organik .
Kesemua bahan di atas , anda campurkan . Bila dah sebati , tapis dan ambil airnya sahaja . Selepas itu masukkan ke dalam bekas penyembur . Semburkan pada daun pokok tanaman anda .
Oleh kerana Cynta selalu rebus cili kering untuk membuat pes cili , jadinya , Cynta gunakan saja air rebusan cili kering itu untuk disemburkan ke pokok tanaman Cynta .
Oleh kerana Cynta selalu rebus cili kering untuk membuat pes cili , jadinya , Cynta gunakan saja air rebusan cili kering itu untuk disemburkan ke pokok tanaman Cynta .
Mudah sahaja bukan . Racun organik ini juga boleh anda gunakan untuk menghalau ulat , kutu dan segala jenis serangga yang memakan daun tanaman anda .
2 comments
Write commentsTerima kasih perkongsian ni boleh la saya cuba resepi ini
ReplyTerima kasih kerana berkongsi resipi racun organik diatas πππ. Tanaman di halaman rumah kami selalu di serang belalang, geram betul.
Replyπ»Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. ππ» EmoticonEmoticon