Resepi Mudah Mee Sup Kicap


Resepi Mudah Mee Sup Kicap | Kicap merupakan perencah makanan yang perlu ada di dapur hampir setiap rumah juga di dapur restoran dan kedai makan . Campuran kicap dalam pelbagai jenis masakan sama ada masakn Melayu atau Cina , menjadikan rasa makanan itu lebih sedap .

Kicap diperbuat daripada kacang soya , kemudian direndam , direbus , dicampurakn perasa dan diperam sehingga menjadi hitam . Kicap berasal dar China dan merupakan makanan asas bangsa Cina .

Kini , Jepun , Korea dan juga negara-negara di Asia Tenggara juga menggunakan kicap sebagai perencah tambahan dalam masakan . Malah , di negara Eropah , kicap juga sudah mereka gunakan bertahun lamanya .


Resepi Mudah Mee Sup Kicap

Resepi Mudah Mee Sup Kicap 


Sesekali ubah resepi buat mee sup dengan menambah kicap sebagai perasa . Selain mencari kelainan , rasa mee sup kicap juga sedap dan menyelerakan kepada penggemar kicap .

Untuk menghasilkan mee sup kicap , bahan yang anda perlukan adalah :


  • mee hoon
  • sup daging 
  • kiub pati ayam
  • kicap lemak manis
  • rempah tumis ( buah pelaga , bunga lawang dan kayu manis )
  • bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus
  • serai 
  • garam
  • serbuk lada hitam / sulah
  • minyak untuk menumis
  • sedikit daging yang sudah di rebus
  • sedikit sayuran

Apa bila semua bahan diatas sudah disediakan , apa yang anda perlu lakukan adalah 


1- Rendam mee hoon dalam air supaya lembut

2- Panaskan minyak , masukkan rempah tumis dan serai .

3- Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dimayang halus .

4- Bila bawang sudah kekuningan , masukkan daging dan kiub pati ayam .

5- Bila sudah sebati perasa dengan daging , masukkan sup daging .

6- Bila sudah sup sudah mendidih , masukkan sedikit kicap . ( saya letak 3 sudu sahaja )

7- Masukkan mee hoon .

8- Bila mee hoon sudah kembang , masukkan sayuran dan sedikit garam juga lada sulah / hitam . Kacau untuk sebatikan .

9- Matikan api bila saur sudah bertukar warna / sedikit layu .

10-  Masukkan mee sup kicap ke dalam mangkuk besar untuk dihidangkan di atas meja makan .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
14 February 2016 at 13:48 delete

Sedap dan menyihatkan..
Kalau tgh diet kurangkan nasi..bagus ni

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon