Mee Ketam Sup Tulang


Mee Ketam Sup Tulang | Pelbagai hidanan mee boleh kita hasilkan . Sama ada mee goreng , mee berkuah pekat atau mee bersup . Anda juga boleh memasak mee menggunakan resepi memasak mee nenek moyang ataupun mencuba resepi mee baru yang anda temui .


Mee Ketam Bersama Sup Tulang

Sup Tulang 


Kalau anda masak sup tulang dan supnya masih berbaki , jangan dibuang . Anda bukan saaja boleh gunakan sup tulang itu untuk memasak nasi sup tulang , malah boleh juga memasak sup tulang bubur nasi , menjadi bahan mengadun cekodok , lempeng dan juga menghasilkan mee sup . Sup tulang boleh dimasak dengan cepat sekiranya anda menggunakan periuk tekanan .

Mee Ketam Sup Tulang


Bila sudah ada sup tulang , untuk menghasilkan mee ketam sup tulang menjadi mudah . Anda hanya perlu ikut langkah - langkah di bawah .

Bahan - bahannya :


  • sup tulang ( berperisa )
  • mee kuning ( dicelur , cuci dan toskan )
  • ketam
  • tomato
  • sawi
  • taugeh
  • bawang merah ( dihiris nipis )
  • bawang putih ( dihiris nipis )
  • rempah tumis ( bunga lawang , kayu manis dan buah pelaga )
  • lada hitam ( tumbuk kasar )
  • minyak 
  • serai (diketuk )
  • daun limau purut
  • limau kasturi
  • daun ketumbar
  • daging

Cara membuatnya :


1- Panaskan minyak , masukkan hirisan bawang putih dan merah . Tumis hingga agak garing .

2- Masukkan rempah tumis , serai , daun limau purut dan daging . Tumis hingga naik bau .

3- Masukkan sup tulang , tomato dan ketam . Biarkan mendidih .

4- Masukkan mee kuning, lada hitam dan sawi . Biarkan mendidih . 

5- Masukkan taugeh , kacau sebentar dan tutup api .

5- Masukkan mee ke dalam mangkuk bersama ketam , taburkan daun ketumbar . Perahkan limau kasturi jika suka sebab sup ulang dan ketam mengandungi kolesterol yang tinggi .


Mee ketam bersama sup tulang ni sedap dimakan bersama sambal kicap ataupun cili jeruk


~ Air Tangan Cynta Zaa ~




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon