Resepi Mudah Puding Kastard Sukatan Cawan | Cynta tak pernah buat puding kastard . Resepi Mudah Puding Kastard Sukatan Cawan adalah percubaan pertama Cynta . Tak sangak puding kastard menjadi dengan cantik dan rasanya sedap . Cynta tambah bahan resepi dengan memasukkan nenas dalam tin .
Tepung Kastard
Tepung kastard dikenali juga dengan Custard Powder . Tepung kastard berupa bubuk halus yang berwarna kekuningan . Dijual di dalam kotak yang sudah distrilkan di dalam bungkusan juga dalam tin .
Jika anda ingin tahu , tepung kastard dibuat daripada tepung kentang (maziena ) yang dicampur dengan bahan lain seperti gula , susu , kuning telur dan bahan pemekat lainnya .
Tepung kastard sangat popular ketika menjelang hari raya kerana tepung kastard menjadi sebahagian daripada bahan campuran membuat biskut . Selain itu , tepung kastard juga digunakan dalam pembuatan puding .
Resepi Mudah Puding Kastard Sukatan Cawan
Hendak membuat puding kastard ni sangat mudah . Tetapi Cynta tak gunakan serbuk puding segera walaupun banyak terdapat di pasaraya . Cynta cuba buat puding kastard guna resepi asal sebab tepung kastard baki buat bisku raya masah banyak berbaki .
Bahan -bahan yang diperlukan untuk membuat puding kastard ringkas sahaja dan langkah-langkah untuk menghasilkan puding kastard juga ringkas . Jom kita tengok apa bahan membuat puding kastard .
1- Sediakan bahan-bahan puding kastard seperti berikut :
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1/2 cawan gula halus
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil essen vanilla
- 3 biji telur
- 100 ml santan pekat ( dalam kotak )
- 300 ml air
2- Masukkan kesemua bahan Resepi Mudah Puding Kastard Sukatan Cawan di atas ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati .
3- Tapis adunan puding kastard dan masukkan ke dalam periuk . Masak pada api yang sederhana .
4- Masukkan potongan nenas dalam tin dan kacau adunan . Bila adunan puding kastard mula memekat , tutup api . Adunan jangan terlalu pekat .
5- Masukkan aduan puding kastard ke dalam acuan agar - agar . Masukkan ke dalam pengukus yang sudah didih airnya . Tutup dan biarkan dalam 15 minit .
6- Selepas 15 minit , ambil puding kastard dan sejukkan sebelum di makan .
~ Air tangan Cynta Zaa ~
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon