Tips Kek Tahan Lama | Orang dulu tak ada peti sejuk nak simpan kek . Selepas kek siap dibakar , letak saja atas meja . Sesiapa nak makan , boleh potong dan ambil . Jika kek masih berbaki , kek cuma disimpan dalam almari untuk simpan makanan yang dipanggil gerobok .
Kek
Selalunya kalau kita buat kek , memang tidak letak bahan pengawet . Malah tak pernah terfikir pun nak letak bahan pengawet . Kita pun tak tahu bahan apa yang boleh awetkan kek .
Bahan asas yang kita biasa gunakan untuk buat kek adalah tepung gandum , telur , gula dan marjerin . Kalau nak kek naik , tambahlah baking soda . Itu juga merupakan resepi asal pembuatan kek dari barat .
Tips Kek Tahan Lama
Sebenarnya ada tips yang anda boleh gunakan untuk buat kek anda tahan lama . Anda hanya perlukan bahan semula jadi . Bahan itu adalah lemon . Cara penggunaan lemon adalah
- ambil satu sudu air perahan lemon dan masukkan ke dalam adunan kek . Masukkan air lemon dalam proese yang terakhir . Anda cuma perlu kaub balikkan lemon dalam adunan kek . Jangan anda putar pula adunan kek tu ya !
Rasa masam dalam kek akan membuatkan kek anda tahan lama .
Red Velvet
Kek Red Velvet berasal dari Eropah . Orang Eropah zaman dahulu kala sangat gemar menghasilkan kek red velvet . Mereka mendapati campuran lemon di dalam kek red velvet menjadikan kek red velvet tahan lama .
~ Air Tangan Cynta Zaa ~
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon