Cara Paling Asas Membuat BBQ ( Barbeque )


Cara Paling Asas Membuat BBQ ( Barbeque ) | BBQ merupakan makanan yang mudah disediakan . Oleh sebab itu BBQ menjadi kaedah masakan popular bila mengadakan aktiviti di luar rumah seperti perkemahan , hari keluarga , pertemuan semula rakan sekolah dan sebagainya .


Cara Paling Asas Membuat BBQ ( Barbeque )

BBQ Atau Barbeque


Barbeque merupakan hidangan yang dimasak di atas bara api . Rasanya segar dan semulajadi tanpa bahan perasa tambahan jika anda pandai mengolah dengan tepat . Selain makanan laut , daging dan ayam , bahan masakan lain yang boleh digunakan adalah buah - buahan dan sayur - sayuran tertentu .

Satay adalah antara makanan yang tergolong dalam kategori BBQ . Kaedah memasak satay di atas bara api yang menyala adalah sama dengan kaedah memasak di atas bara BBQ walaupun kaedah memasak barbeque itu dilihat berasal dari barat .

Cara Yang Betul


Kepada anda yang menggemari cara masakan BBQ ini , ada cara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan hidangan anda itu terhasil dengan sempurnadan lazat . 

1- Sos BBQ


Sekarang ini sudah banyak sos BBQ segera yang dijual di pasaraya sama ada produk tempatan mahupun luar negara . Kehadiran sos BBQ dipasaran dapat memudahkan pemerapan bahan bagi mereka yang nak cepat atau tidak tahu nak buat bahan pemerapan sendiri .

Jika and masih mahu menghasilkan sos pemerapan BBQ , sos tomato merupakan sos asas  BBQ yang lazat selain campuran sos lain seperti sos lada hitam . Untuk bahan perasa pula , anda boleh masukkan sedikit perahan lemon , garam dan gula . Berapa banyak kuantiti campuran setiap sos adalah bergantung kepada citarasa anda sendiri .

2- Jagung


Pilih jagung yang idak terlalu muda atau tua . Sebaik - baiknya gunakan jagung manis dengan kualiti yang baik agar rasanya lebih enak .

Apa yang anda perlu lakukan , rebus dulu jagung selama lima minit , selepas itu barulah letakkan di atas bara api . Dengan cara itu , barulah jagung akan masak dengan sempurna .

3- Sayuran


Sebelum anda meletakkan sayuran di atas bara api , pastikan sayuran itu di potong besar . Ada sesetengan sayur seperti terung , tomato dan lada benggala hanya perlu dibelah dua .

Selain itu , sapukan juga minyak zaitun pada sayuran anda . Pastikan anda memanggang sayur tidak terlalu lama untuk elakan khasiatnya hilang .

4- Makanan Laut


Untuk memanggang makanan laut , anda perlu pastikan bara api benar -benar merah membakar . Jangan lupa sapukan mentega pada makanan laut sebelum anda memanggangnya . Mentega bukan sekadar memberi rasa yang lazat , malah dapat elak makanan laut dari kering dan melekat pada keranjang jaring .

Makanan laut perlu dimasak dalam masa yang singkat sekadar lima minit dan perlu kerap dibalikkan - balikkan untuk elak makanan laut menjadi liat .

5- Daging


Anda perlu pilih daging yang mudah masak sekiranya anda mahu membuat hidangan daging BBQ . Mintalah penjual daging filet untuk memotong dalam kadar berat 100 hingga 200 gram .

Kalau anda mahukan daging anda di panggan separuh masak , anda hanya perlukan 10 minit dan perlu rajin terbalikkan dalam tempoh tersebut . Jika anda mahu masak sepenuhnya , anda memerlukan 15 minit memanggang di atas bara yang benar - benar panas dan perlu kerap balikkan dalam tempoh tersebut .

6- Buah - buahan


Makan hidangan barbeque tanpa pencuci mulut dirasakan kurang lengkap . Nenas adalah buahan yang selalunya menjadi pilihan . Selain itu , ada juga menggunakan pisang dan buahan lainnya yang sesuai .

Anda juga boleh menjadikan ubi keledek dan ubi kentang sebagai hidangan tambahan dari kategori karbohidrat untuk melengkapkan zat dalam hidangan barbeque anda .

Kebaikan Dan Keburukan


Kaedah BBQ dilihat sebagai cara masakan yang sihat kerana tak perlukan minyak yang merupakan penyumbang kepada lemak . Tetapi jika air dari bahan - bahan yang anda masak itu menitis lalu menghasilkan api dan asap yang menyebabkan makanan anda sedikit hangus dipermukaannya , maka ianya menghasilkan makanan yang tidak sihat untuk kesihatan .

Asap dan api yang keluar dari bara tersebut terutama bila anda memanggang satay atau ayam percik , mengandungi gas yang di nakam kasinogen . Gas Kasinogen itu pula dikenal pasti sebagai bahan aktif kanser .



Justeru itu , bila anda makan makanan yang di panggang ala BBQ , anda dinasihatkan agar membuang bahagian yang hangus . Selain itu , anda perlu banyakkan memakan timun kerana timun dapat serap gas kasinogen .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon