Cara Mudah Buat Pes Cili


Cara Mudah Buat Pes Cili | Di pasaran sudah ada banyak jenama pes cili . Ada pes cili aka cili kisar yang berasa masam ada juga yang masin . Sejak Cynta jumpa benda asing yang menyerupai kulit tikus di dalam pes cili / cili kisar segera , Cynta lebih rela buat sendiri . Meloyakan sungguh !


Cara Buat Pes Cili

Cara Mudah Buat Pes Cili


Cara buat pes cili ni mudah saja . Cynta buat sekali dengan jumlah yang banyak . Lepas tu simpan dalam peti sejuk . Cuma nak membuatnya tu ada banyak langkah kena ikut . Macam leceh sikit pun ada . Jom tengok kat bawah ni macam mana cara Cynta buat . 

Bahan - bahannya :


Cili kering
Air
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Serai
Minyak

Cara membuatnya :


1- Potong - potong cili kering , cuci hingga bersih .

Cara Mudah Buat Pes Cili

2- Panaskan air dalam periuk , Bila dah mendidih , masukkan cili kering . Masak hingga cili kering lembut dalam setengah 15 - 30 minit .

3- Bila cili kering sudah masak , buang airnya , cuci hingga bersih dan tapis .

Cara Mudah Buat Pes Cili


4- Masukkan cili kering ke dalam pengisar bersama dengan bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas , serai serta sedikit air dan minyak . Kisar hingga halus . Lagi banyak bawang besar lagi bagus .

Cara Mudah Buat Pes Cili


5- Panaskan kuali , masukkan minyak . Bila minyak dah panas , masukkan bahan kisar . Masak hingga terbit minyak aka jadi pes cili . Pastikan minyak tu banyak untuk garingkan cili .

6- Biarkan sejuk . Selepas itu masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk .


Bila nak masak asam pedas ke , buat sambal ke , nak masak tomyam ke , dah senang . Tak yah nak kisar cili kering lagi . Cuma perlu ambil cili pes dalam peti sejuk dan campur ke dalam masakan .






Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon