Resepi Mudah Buat Kuih Dorayaki Doremon Sukatan Cawan | Bila tengok kartun Doremon , watak seekor kucing yang ada banyak peralatan di dalam poket magiknya , Doremon sangat sukakan makan kuih Dorayaki .
Resepi Mudah Buat Kuih Dorayaki Doremon Sukatan Cawan
Jika anda teringin nak merasa makan kuih Dorayaki , membuat sendiri kuih Dorayaki di rumah lebih menjimatkan . Apatah lagi sekiranya anda memiliki anak yang ramai atau sejumlah ahli keluarga yang ramai .
Untuk menghasilkan kuih Dorayaki , anda perlukan bahan-bahan berikut :
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar madu
- 2 biji telur
- 3 sudu besar air
- 1 sudu besar minyak
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking soda
- pes kacang untuk inti
Apabila kesemua bahan untuk membuat Kuih Dorayaki sudah disediakan , apa yang anda perlu lakukan adalah
1- Masukkan telur dan gula ke dalam pemutar kek . Putar dengan kelajuan sederhana sehingga kembang .
2- Masukkan madu , minyak dan essen vanilla . Guna kaedah kaup balik menggunakan sudip ( termasuk langkah 4 dan 5 ) .
3- Ayak bersama tepung dan baking powder .
4- Masukkan tepung ( 3 ) ke dalam mangkuk adunan ( 2 ) sedikit demi sedikit .
5- Masukkan air supaya adunan tidak begitu pekat .
6- Simpan adunan dalan peti sejuk selama 15 minit .
7- Panaskan kuali leper ( saya gunakan pan untuk masak telur mata lembu ) .
8- Ambil satu senduk , tuangkan di atas kuali . Leperken sedikit supaya kuih Dorayaki di bahagian dalam cepat masak .
9- Kaup balikkan kuih Dorayaki supaya bahagian atas pula masak .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon