Cara Mudah Hilangkan Kembong Makan Nangka


Cara Mudah Hilangkan Kembong Makan Nangka | Buah nangka yang juga di kenali sebagai Jackfruit dalam bahasa Inggeris , mudah didapati di iklim tropika . Buahnya yang besar dan ulasnya yang banyak , menjadikan buah nangka boleh dimakan dengan macam - macam cara .


Cara Mudah Hilangkan Kembong Makan Nangka

Khasiat Buah Nangka


Buah nangka terdiri daripada dua jenis iaitu buah nangka biasa dan juga buah nangka madu ini mengandungi banyak vitamin A , B dan C dalam bentuk sebatian dan senyawaan riboflavin , thiamin dan niacin . 

Selain dari itu , buah nangka juga mengandungi bahan mineral yang cukup banyak berbanding buah lainnya seperti potassium , kalsium , magnesium dan zat besi ( ferrum ), kalium dan juga sumber anti oksidan . 

Kandungan bahan mineral yang banyak ini menyebabkan nangka sangat berkhasiat kepada tubuh badan kita dan nangka memberi banyak manfaat seperti :

1- Membantu meningkatkan sel darah putih melalui anti oksidan

2- Mengawal tekanan darah melalui kalium

3- Menghalang pertumbuhan sel-sel kanser melalui fitonutrien

4- Memelihara kesihatan kulit melalui vitamin A

5- Menambah tenaga dalam badan melalui fruktosa dan sukrosa

6- Menstabilkan fungsi tubuh melalui kandungan mineral


Cara Mudah Hilangkan Kembong Makan Nangka


Selalunya , bila Cynta makan buah nangka , perut Cynta mesti kembung . Nangka memang sedap dan manis tapi Cynta hanya boleh makan tak lebih dari dua ulas sahaja . 

Jadi , ada cara mudah hilangkan kembong makan nangka . caranya , Cynta perlu rebus nangka terlebih dahulu . Cynta rebus bersama gula . Bila sudah mendidih , tutuplah api . 

Nangka yang direbus bersama gula boleh dibuat koktail , ais krim dan boleh juga dibuat pengat bila dibubuh santan . 



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon