Resepi Mudah Sardin Masak Sos


Resepi Mudah Sardin Masak Sos | Sardin adalah ikan yang ditinkan bersama sos tomato . Rasanya pula masam dan ada sedikit hanyir . Ada banyak jenis ikan yang boleh dijadikan sardin . Malah sardin sotong juga ada .

Kalau ikut sejarah , sardin terhasil bila nelayan laut dalam tidak mahu hasil tangkapannya busuk kerana berada di tengah laut teralu lama . Jadi mereka perap ikan tersebut bersama tomato puri dan bahan pengawet maka jadilah sardin .


Sardin Masak Sos


Resepi Mudah Sardin Masak Sos


Ada banyak cara dan resepi masak sardin ni . Resepi biasa adalah sardin masak kari , masak santan , masak kicap dan masak sambal . Dah jemu dengan resepi itu , kali ini cuba pula sardin masak sos

Bahan - bahan yang perlu disediakan adalah :
  • ikan sardin
  • sos cili
  • air asam jawa
  • tomato dibelah empat
  • bawang besar dimayang
  • cili padi belah du pada pucuknya
  • bawang putih dihiris
  • halia dihiris
  • garam
  • minyak masak

Cara menyediakan


Apabila semua bahan di atas sudah sedia , langkah seterusnya adalah letakkan kuali di atas dapur dan masukkan minyak masak . Bila minyak masak dah panas , masukkan
  1. Hirisan bawang putih , halia , bawang besar dan cili padi . Tunis hingga layu .
  2. Masukkan sardin , air asam jawa dan tomato . Biarkan mendidih hingga hingga kuah agak pekat .
  3. Masukkan sos cili da sedikit garam . Gaul sebati dan angkat .

Hilangkan Bau Hanyir


Sardin memang hanyir . Ada orang yang loya dengan rasa hanyir sardin . Cara paling baik nak kurangkan hanyir sardin adalah memasukkan air asam jawa pada masakan sardin ketika dimasak . 




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Hajar Shikin
AUTHOR
20 June 2015 at 23:14 delete

Bila dah bosan lauk lain, sardin juga jadi pilihan

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon