Resepi Mudah Mee Sup Tulang


Resepi Mudah Mee Sup Tulang  | Sup tulang merupakan kegemaran ramai orang kerana keenakan rasanya yang berbeza dari sup daging , yama dan lainnya . Sup tulang selalunya menggunakan tulang lembu . Ada juga tulang kambing jika mahu .


Resepi Mudah Mee Sup Tulang


Perlu diketahui bahawa sup tulang tidak boleh dimakan selalu kerana kendungan koesterolnya yang tinggi . Lemak / kolesterol yang berlebihan di dalam nadan tidak baik utnuk sistem pencernaan , jantung malah boleh menyebabkan kegemukan . Lemak bila berada dalam badan terlalu lama , akan menjadi tepu . Lemak tepu ini , jika anda berjogging sejauh 30 km belum tentu akan terbakar . 


Resepi Mudah Mee Sup Tulang 


Sekiranya sup tulang anda masih berbaki dan anda sudah tidak mahu makan sup tulang itu bersama nasi , anda boleh menghasilkan mee sup tulang .

Untuk menghasilkan mee sup tulang , bahan-bahan berikut perlulah ada :

  • sup tulang
  • mee ( apa saja jenis mee )
  • kicap lemak manis
  • daging sup tulang
  • sawi
  • limau ( jika suka )
  • bawang putih ( dihiris nipis )
  • bawang merah ( dimayang halus )
  • lada hitam ( tumbuk kasar )
  • air 
  • kiub pati ayam
  • tomato

Setelah semua bahan membuat mee sup tulang di atas tersedia , anda perlulah sediakan periuk untuk memasak . 

Mula-mula letakkan peiuk atas dapur gas , masukkan minyak . Apabila minyak sudah panas , masukkan bawang putih dan bawang merah .

Setelah bawang putih dan bawang merah sedikit garing , masukkan daging sup tulang . Kacau hingga daging agak garing .

Kemudian masukkan sup tulang dan air secukupnya . Kemudian masukkan kiub pati ayam dan tomato . Biarkan hingga mendidih .

Apabila sup sudah mendidih , masukkan mee . Bila mee dah agak mengembang , masukkan sawi . Bila sawi sudah layu , tutup api .

Selepas api ditutup , masukkan lada hitam dan sesudu kicap lemak manis . Kacau sehingga sebati . 

Masukkan mee ke dalam mangkuk dan hidangkan .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Madam N
AUTHOR
9 May 2016 at 21:48 delete

macam sedap ni...boleh try t

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon