Resepi Mudah Kerabu Kacang Panjang | Kacang panjang selalunya menjadi cmpuran di dalam masakan kari , sayur campur masak tumis , masak lodeh , sayur masak lemak dan dimakan secara ulam juga ditumis bersama sotong dan udang . Bagi Cynta , kacang panjang lebih enak dimakan secara ulam . Bila dikunyah terasa kerangupan dan kemanisannya .
Kacang Panjang
Kacang panjang rangup dimakan ketika mentah . Sebab itu , Cynta lebih suka makan kacang panjang sebagai ulam berbanding dimasak . Selain kacang panjang dimakan bersama sambal belacan , kacang panjang juga boleh dimakan bersama laksam dan dibuat kerabu .
Resepi Mudah Kerabu Kacang Panjang
Selain dimakan secara ulam Cynta juga suka kacang panjang dibuat kerabu . Selalunya kalau makan kerabu dikedai , kacang panjang dah lecur sebab dicelur terlalu lama dalam air panas . Bagi Cynta , kalau nak kekalkan kesegaran dan kerangupan kacang panjang , elok celur dalam air panas sekejap saja . Kerabu kacang panjang versi Cynta , Cynta tak celur pun . Cynta guna kacang panjang mentah . Lagi sedap .
Bahan - bahan :
- kacang panjang dihiris serong
- ikan bilis goreng
- cili padi dihiris
- bawang besar dimayang
- garam
- serbuk ikan bilis
- limau kasturi
Cara Membuatnya :
1- Ambil mangkuk , masukkan serbuk ikan bilis , garam , cili padi dan perahan limau nipis . Gaul sebati .
2- Masukkan kacang panjang , bawang besar dan ikan bilis . Gaul hingga mesra .
3- Siap untuk dihidang dan dimakan .
Mudah saja menbuatnya dan cepa siap . Sedap dimakan bersama nasi panas .
~ Air Tangan Cynta Zaa ~
4 comments
Write commentsMudah dan ringkas balik petang nanti nak cubalah.
ReplyTapi nak guna kacang buncis kot sebab stok kacang buncis yang ada ;-)
Jarang buat kerabu. Boleh jugak ni kalau nak cuba.
Replyselamat mencuba ya mis A dan fidah ...
Replyresepnya boleh juga nih mbak :D
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon