Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts
Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts

Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit

0

Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit | Tomato merupakan sayuran yang berbentuk bulat dan berwarna jingga kemerahan . Terdapat dua jenis tomato yang sering didapati di pasaran iaitu tomato bersaiz sederhana dan tomato bersaiz kecil yang dipanggil dengan nama tomato ceri .

Rasa tomato bersaiz besar agak sedikit masam berbanding tomato ceri yang sedikit manis . Oleh sebab itu , toato ceri sering digunakan di dalam salad manakala tomato bersaiz besar pula menjadi campuran di dalam masakan untuk memberikan rasa sedikit masam dalam masakan .

Tomato mengandungi beta karotin yang tinggi . Lebih lama tomato dimasak , lebih banyak beta karotin berkembang biak . Beta karotin ini dikatan sangat baik utnuk melawan sel-sel kanser daripada terus membiak .


Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit

Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit


Pagi hari merupakan pagi yang sibuk pagi ibu yang bekerja . Oleh sebab itu , sekiranya ada baki nasi makan malam , nasi goreng adalah menu yang paling cepat dan mudah untuk disediakan sebagai sarapan .

Untuk membuat nasi goreng tomato lima minit , bahan yang diperlukan adalah :
  • nasi
  • tomato
  • bawang besar
  • kacang panjang 
  • telur
  • garam
  • minyak
Setelah semua bahan di atas disediakan , tomato , bawang besar dan kacang panjang perlu dipotong-potong terlebih dahulu . 

Kemudian ambil kuali , masukkan minyak dan panaskan . Apabila minyak sudah panas , masukkan bawang dan goreng hingga layu dan tolak sikit ketepi kuali guna sudip .

Masukkan pula telur dan kacau hingga hancur . Kacau semua bahan iaitu bawang , telur hingga mesra . 

Masukkan pula nasi , Gaul sehingga mesra . Masukkan pula kacang panjang dan sedikit garam . Kacau lagi hingga sebati ? kacang bertukar warna . Tutup api dan hidangkan .


Resepi Mudah Nasi Goreng Kacang Bendi

0

Resepi Mudah Nasi Goreng Kacang Bendi | Nasi goreng merupakan sajian mudah di pagi hari . Nasi goreng menjadi pilihan apabila nasi untuk hidangan makan malam masih berbaki . Supaya tidak membazirkan rezeki yang ada , nasi yang berbaki itu telah digoreng bersama perencah dan bahan campuran lainnya .

Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang kita boleh hasilkan . Antaranya yang biasa kita dengar dan makan adalah nasi goreng kampung , nasi goreng cina , nasi goreng ikan masin , nasi goreng pattaya dan sebagainya .


Resepi Mudah Nasi Goreng Kacang Bendi

Resepi Mudah Nasi Goreng Kacang Bendi


Untuk menghasilkan nasi goreng kacang bendi , bahan utama yang diperlukan sudah tentunya nasi dan minyak . Selain dari nasi dan minyak , bahan sampingan adalah 

  • bawang putih 
  • ikan bilis 
  • cili padi 
  • kacang bendi
  • garam

Cara Membuatnya :


Apabila semua bahan di atas sudah disediakan , langkah pertama yang perlu dilakukan adalah potong serong kacang bendi . Letak tepi .

Masukkan bawang putih , ikan bilis dan cili padi di dalam lesung batu . Tumbuk semua bahan itu bersama sehingga hancur kasar . 

Selepas itu , buka api gas , letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak . Apabila minyak sudah panas , masukkan bahan yang sudah di tumbuk kasar . Kacau hingga seua bahan tersebut kekuningan .

Setelah semua bahan tumisan kekuningan , masukkan nasi . Gaul semua bahan sehingga sebati . Kemudian masukkan sayur bendi dan sedikit garam . Kacau semua bahan sehingga sayur bendi bertukar warna / sedikit layu .

Bila nasi goreng kacang bendi sudah masak , tutup api . Nasi goreng kacang bendi sudah siap untuk dihidang dan di makan .


Nasi goreng , walaupun ianya hidangan yang ringkas tetapi cukup khasiatnya kerana mengandungi karbohidrat , sayur dan zat besi .