Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit


Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit | Tomato merupakan sayuran yang berbentuk bulat dan berwarna jingga kemerahan . Terdapat dua jenis tomato yang sering didapati di pasaran iaitu tomato bersaiz sederhana dan tomato bersaiz kecil yang dipanggil dengan nama tomato ceri .

Rasa tomato bersaiz besar agak sedikit masam berbanding tomato ceri yang sedikit manis . Oleh sebab itu , toato ceri sering digunakan di dalam salad manakala tomato bersaiz besar pula menjadi campuran di dalam masakan untuk memberikan rasa sedikit masam dalam masakan .

Tomato mengandungi beta karotin yang tinggi . Lebih lama tomato dimasak , lebih banyak beta karotin berkembang biak . Beta karotin ini dikatan sangat baik utnuk melawan sel-sel kanser daripada terus membiak .


Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit

Resepi Mudah Nasi Goreng Tomato Lima Minit


Pagi hari merupakan pagi yang sibuk pagi ibu yang bekerja . Oleh sebab itu , sekiranya ada baki nasi makan malam , nasi goreng adalah menu yang paling cepat dan mudah untuk disediakan sebagai sarapan .

Untuk membuat nasi goreng tomato lima minit , bahan yang diperlukan adalah :
  • nasi
  • tomato
  • bawang besar
  • kacang panjang 
  • telur
  • garam
  • minyak
Setelah semua bahan di atas disediakan , tomato , bawang besar dan kacang panjang perlu dipotong-potong terlebih dahulu . 

Kemudian ambil kuali , masukkan minyak dan panaskan . Apabila minyak sudah panas , masukkan bawang dan goreng hingga layu dan tolak sikit ketepi kuali guna sudip .

Masukkan pula telur dan kacau hingga hancur . Kacau semua bahan iaitu bawang , telur hingga mesra . 

Masukkan pula nasi , Gaul sehingga mesra . Masukkan pula kacang panjang dan sedikit garam . Kacau lagi hingga sebati ? kacang bertukar warna . Tutup api dan hidangkan .


Artikel Terkait

  • Ayam Golek Resepi Mak Saya AYAM GOLEK . RESEPI MAK SAYA | Ayam golek merupakan antara menu berbuka yang feveret . Kalau korang pergi meronda di
  • Resepi Mudah Ikan Kukus Resepi Mudah Ikan Kukus | Bulan Ramadhan merupakan bulan yang super busy bagi para isteri . Bila tiba di rumah sele
  • Biskut Semprit Cheese Legend Biskut Semprit Cheese Legend | Biskut semprit adalah antara biskut tradisional yang sangat digemari sampai ke hari ini
  • Resepi Sup Telur Mee Resepi Sup Telur Mee | Selalunya, bila resepi kita buat sendiri, kita akan fikir nama apa nak bagi . Setiap menu

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng