Showing posts with label Khasiat Ulam. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Ulam. Show all posts

Khasiat Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin

0


Khasiat Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin | Cekur atau dikenali dengan nama botaninya Kaempferia galanga adalah berasal dari keluarga halia ( zingiberaceae ) . Ia merupakan tumbuhan herba yang tidak berbatang , Tunas pokok tumbuh terus dari hujung rizom ( umbisi ) yang mendatar di bawah permukaan tanah .

Biasanya , setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur . Bunganya berwarna putih dan ada sedikit warna keunguan . 


Khasiat Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin

Khasiat Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin


Cekur mempunyai banyak khasiat . Daunnya digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam .Rizomnya mempunyai aroma yang lembut . Mengikut analisis kimia , rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol , borneol , kamphere , asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain . Aromanya yang tersendiri dapat membezakannya dengan halia .

Rizom cekur  digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut , batuk , perut memulas , bengkak , muntah , sakit urat saraf dan lain-lain . Untuk tujuan tersebut , biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar . Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit-penyakit tersebut .

Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran . Selain itu , kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif .

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur , jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria

Begitu juga dengan masyarakat Cina yang banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka . Rizom cekur yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar atu sentimeter . Kemudian rizom tadi dikeringkan . Rizom cekur kering digunakan untuk mengubat sakit gigi , menghilangkan kelemumur dan juga membunuh kutu kepala . Masyarakat Cina juga mempercayai bahawa rizom cekur boleh digunakan sebagai bahan penyelera maknan , membuang angin dalam perut dan mengubati sembelit

Di Indonesia , cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya . Mereka menggunakan cekur dalam ramuan ubat tradisional . Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut , bengkak dan kebas otot

Sementara di Filipina pula , rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selsema dengan cara menghidu rizomnya . Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik .

Khasiat Daun Buas-buas Buang Angin Dalam Badan

0

Khasiat Daun Buas-buas Buang Angin Dalam Badan | Masalah angin dalam badan sering dihidapi oleh kebanyakan orang terutama golongan tua . Pun begitu , orang muda juga tidak terkecuali daripada gejala itu jika pemakanan tidak dikawal .

Angin Dalam Badan


Angin dalam badan menimbulkan keadaan tidak selesa . Adakalanya angin dalam badan itu menyakitkan apabila berlaku kembung perut , badan terasa lesu dan pinggang merasa sengal .

Antara jenis makanan yang sering dikaitkan dengan masalah angin dalam badan adalah seperti ubi , bubur kacang , pulut dan sayuran seperti kangkung , labu air dan timun . Namun begitu , ia bergantung juga kepada tahap kesihatan dan kelancaran peredaran darah seseorang .

Selalunya , pesakit akan mendapatkan khidmat tukang urut untuk membuang angin dalam badan atau meminum air bercampur halia juga meminum teh herba .


Khasiat Daun Buas-buas Buang Angin Dalam Badan

Daun Buas-buas


Daun buas-buas atau bebuas dengan nama saintifiknya Premma Cordiflora merupakan dari keluarga tumbuhan verbenaceae yang sangat berguna untuk membuang angin selain ubi keledek .

Cara Pemakanan


Untuk membuang angin , ambil pucuk muda daun buas-buas , makan sebagai ulam . Boleh juga dicampur dalam masakan seperti ikan masak asam pedas daun buas-buas

Selepas makan daun buas-buas , kesannya dapat dirasai dalam tompoh yang terdekat . Ia juga berfungsi mengimbangkan pemakanan dengan menghindari seseorang daripada masalah angin dalam badan .

Khasiat Lain


Selain membuang angin dalam badan , rebusan seluruh pokok buas-buas boleh mengatasi masalah cacing , menambah susu ibu dan menghilangkn hanyir bau ikan . 

Untuk masalah cacing yang dialami oleh kanak-kanak , berikan mereka minum secawan air rebusan pokok buas-buas . 

Manakala untuk menambahkan susu ibu , mereka boleh meminumnya pada peringkat awal secawan setiap hari .