Khasiat Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin | Cekur atau dikenali dengan nama botaninya Kaempferia galanga adalah berasal dari keluarga halia ( zingiberaceae ) . Ia merupakan tumbuhan herba yang tidak berbatang , Tunas pokok tumbuh terus dari hujung rizom ( umbisi ) yang mendatar di bawah permukaan tanah .
Biasanya , setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur . Bunganya berwarna putih dan ada sedikit warna keunguan .
Khasiat Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin
Cekur mempunyai banyak khasiat . Daunnya digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam .Rizomnya mempunyai aroma yang lembut . Mengikut analisis kimia , rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol , borneol , kamphere , asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain . Aromanya yang tersendiri dapat membezakannya dengan halia .
Rizom cekur digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut , batuk , perut memulas , bengkak , muntah , sakit urat saraf dan lain-lain . Untuk tujuan tersebut , biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar . Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit-penyakit tersebut .
Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran . Selain itu , kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif .
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur , jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria .
Begitu juga dengan masyarakat Cina yang banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka . Rizom cekur yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar atu sentimeter . Kemudian rizom tadi dikeringkan . Rizom cekur kering digunakan untuk mengubat sakit gigi , menghilangkan kelemumur dan juga membunuh kutu kepala . Masyarakat Cina juga mempercayai bahawa rizom cekur boleh digunakan sebagai bahan penyelera maknan , membuang angin dalam perut dan mengubati sembelit .
Di Indonesia , cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya . Mereka menggunakan cekur dalam ramuan ubat tradisional . Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut , bengkak dan kebas otot .
Sementara di Filipina pula , rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selsema dengan cara menghidu rizomnya . Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon