Khasiat Daun Buas-buas Buang Angin Dalam Badan | Masalah angin dalam badan sering dihidapi oleh kebanyakan orang terutama golongan tua . Pun begitu , orang muda juga tidak terkecuali daripada gejala itu jika pemakanan tidak dikawal .
Angin Dalam Badan
Angin dalam badan menimbulkan keadaan tidak selesa . Adakalanya angin dalam badan itu menyakitkan apabila berlaku kembung perut , badan terasa lesu dan pinggang merasa sengal .
Antara jenis makanan yang sering dikaitkan dengan masalah angin dalam badan adalah seperti ubi , bubur kacang , pulut dan sayuran seperti kangkung , labu air dan timun . Namun begitu , ia bergantung juga kepada tahap kesihatan dan kelancaran peredaran darah seseorang .
Selalunya , pesakit akan mendapatkan khidmat tukang urut untuk membuang angin dalam badan atau meminum air bercampur halia juga meminum teh herba .
Daun Buas-buas
Daun buas-buas atau bebuas dengan nama saintifiknya Premma Cordiflora merupakan dari keluarga tumbuhan verbenaceae yang sangat berguna untuk membuang angin selain ubi keledek .
Cara Pemakanan
Untuk membuang angin , ambil pucuk muda daun buas-buas , makan sebagai ulam . Boleh juga dicampur dalam masakan seperti ikan masak asam pedas daun buas-buas .
Selepas makan daun buas-buas , kesannya dapat dirasai dalam tompoh yang terdekat . Ia juga berfungsi mengimbangkan pemakanan dengan menghindari seseorang daripada masalah angin dalam badan .
Khasiat Lain
Selain membuang angin dalam badan , rebusan seluruh pokok buas-buas boleh mengatasi masalah cacing , menambah susu ibu dan menghilangkn hanyir bau ikan .
Untuk masalah cacing yang dialami oleh kanak-kanak , berikan mereka minum secawan air rebusan pokok buas-buas .
Manakala untuk menambahkan susu ibu , mereka boleh meminumnya pada peringkat awal secawan setiap hari .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon