Showing posts with label Khasiat Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Sayuran. Show all posts

Khasiat Brokoli Untuk Penghidap Kanser

0

Khasiat Brokoli Untuk Penghidap Kanser | Para penyelidik yang mengambil berat derita penghidap kanser , kini mencuba menanam tumbuhan brokoli berukuran besar . Hal ini diharap boleh menurunkan kadar kesakitan terhadap penyakit tersebut .


Khasiat Brokoli Untuk Penghidap Kanser


Super brokoli dipercayai boleh menghindarkan seseorang daripada penyakit kanser . Hal itu juga yang diyakini institut penyelidikan mengenai makanan ( IRF ) di England . Menurut mereka , brokoli yang berwarna hijau itu , memiliki unsur kimia bernama sulforaphane yang dipercayai boleh menahan kesan berlarutan akibat kanser .

Dengan andaian itu juga , bererti secara logik , bila kita mampu mengeluarkan tumbuhan ini dalam saiz terbesar , maka unsur kimia itu juga akan berkapasiti dan berdaya guna lebih besar . 

Brokoli dikenali sebagai keluarga sayuran yang sejenis dengan kubis dan kangkung . Kebaikan sayur tersebut mengandungi unsur glucosinolates berkadar tinggi . Selain itu , jenis sayuran yang memiliki unsur sulforaphane, dipercayai sebagai satu-satunya ubat penahan penyebaran kanser dalam tubuh . 

Super brokoli diperkirakan berukuran paling tidak lebih besar tiga perempat kali jenis brokoli biasa . 

Khasiat Bayam Kawal Berat Badan

0


Khasiat Bayam Kawal Berat Badan | Dalam cerita kartun popeye , apabila popeye makan bayam , dia jadi bertenaga untuk melawan musuhnya . Dalam kartun popeye juga , ia mendidik kanak-kanak supaya makan bayam kerana percaya bahawa sayur bayam menjadikan manusia kuat .


Khasiat Bayam Kawal Berat Badan


Penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati bahawa memakan sayur bayam sebenarnya dapat mengawal berat badan . 

Hasil kajian mendapati bahawa daun bayam mempunyai bahan yang boleh ' menipu ' tubuh dengan rasa kenyang yang berpanjangan . Bahan ini akan merendahkan penghadaman lemak , ' menipu ' perut yang separuh penuh bahawa kita masih kenyang . 

Apabila sayur bayam dimakan dengan bahan berlemak seperti burger , biskut dan pai , ia boleh mengelakkan rasa lapar lantas menghalang obesiti .

Saintis dari Universiti Lund , Sweden telah memberi tumpuan kepada ciri-ciri kloroplas-sel yang digunakan untuk fotosentisis dalam daun . 

Eksperimen yang dilakukan ke atas tikus menunjukkan bahawa thylakoids dalam kloroplas dapat melambatkan penghadaman lemak dan mengurangkan selera makan . Separuh haiwan diberikan diet lemak tinggi dengan tambahan thylakoids , manakala yang lain hanya diberikan makanan . 

Tikus yang diberikan makanan tambahan mengalmi penurunan berat badan dan paras gula dan lemak juga menurun . Ini menunjukkan tanda kesihatan yang baik .

Penyelidik Rikard Kohnke berkata , penemuan berkenaan bakal membawa kepada makanan tambahan thylakoids . Bahan berkenaan sesuai diletakkan dalam makanan kaya dengan lemak seperti pai atau cookies .

Walaupun begitu , untuk menjadikan ianya berhasil , manusia perlu makan sebanyak 0.5 kg sayur bayam mentah sehari untuk mendapatkah sumber thylakoids . Tetapi apabila thylakoids diasingkan dan ditulenkan , hanya perlukan beberapa gram untuk mengawal berat badan .

Ada juga yang mengatakan bahawa bahan berkenaan akan membalut lemak yang berada dalam usus dan menghalang enzim bertindakbalas seperti biasa . Ini menjadikan kita merasa kenyang lebih lama dan menghalang kita makan secara berlebihan  .

Bayam diketahui kaya dengan zat besi yang boleh meningkatkan keupayaan otak sehingga ke usia lanjut . 

Sayur bayam ini juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh menyekat kesan radikal bebas - toksin yang dihasilkan oleh tubuh dan boleh merosakkan sel serta boleh membawa kepada sakit jantung , kanser dan stroke .