Diet Mudah Di Bulan Ramadhan


Diet Mudah Di Bulan Ramadhan | Diet merupakan cara yang mudah untuk kurus atau elakkan diri jadi gemuk . Ada orang diet dengan cara tak makan nasi . Mereka lebih rela makan roti dan biskut . Tapi kalau diet dengan makan mee , kandungan karbohidratnya sama saja dengan nasi . Jadi , perancangan nak diet tu mungkin tak menjadi .


Diet Mudah Di Bulan Ramadhan


Diet Mudah Di Bulan Ramadhan


Beberapa hari lagi akan masuk bulan Ramadhan . Pasti kita semua dah merancang nak makan apa . Bulan Ramadhan pula dah jadi pesta makan . Selain bazar Ramadhan , ada juga tawaran buffet Ramadhan yang menyentap selera di mana - mana restoran dan hotel . Keadaan itu sudah boleh menjejaskan rancangan diet pembaca . Untuk atasi masalah itu , rancang diet mudah seperti di bawah .

Kawal Diri


Bulan Ramadhan ini tentu ada dikalangan pembaca yang mendapat jemputan beriftar. Tak salah jika pembaca nak pergi cuma , hadkan apa yang pembaca nak makan . Perut kita ni kecil saja . Tak semua makanan boleh masuk pun .

Pilih Makanan


Beriftar dengan memilih makanan yang ringan saja . Bermula dengan pembuka selera seperti kurma dan buah - buahan . Ini penting supaya buahan itu dapat serap asid dalam perut . Selepas itu , barulah minum untuk membasahkan tekak . Ambillah air kosong atau jus buah -buahan . Selepas itu , kalau pembaca nak ambil pencuci mulut , pastikan dalam kuantiti yang sedikit .

Hidang Utama


Ambillah nasi , ayam / daging / ikan dan sejenis sayur dan juga ulam - ulaman . Tiga kombinasi itu sudah cukup . Hadkan pengambilan nasi pada jumlah yang kecil iaitu satu senduk sahaja . Sebab perut anda sudah diisi dengan pembuka selera dan pencuci mulut . Anda boleh juga menggantikan nasi bersama lauk pauk dengan semangkuk mee atau spagetti atau roti atau .

Makan Lewat Malam


Selepas solat tarawikh, mungkin perut anda lapar semula . Oleh kerana sudah hampir masa untuk masuk tidur , maka lebih baik pembaca makan saja buah - buahan dan minum air kosong sahaja . Boleh juga makan beberapa biji kurma dan minum air susu .

Kawal Selera


Mudah saja nak diet di bulan puasa ni asalkan pembaca boleh kawal selera . Satu saja yang pasti , perut kita ni kecil saja . Banyak mana pun makanan yan terhidang di depan mata , yang boleh masuk perut , sikit saja . Apa yang boleh pembaca lakukan adalah pilih makanan yang lebih sihat untu berbanding pilih makan kerana nafsu . Kalau tidak pasti bila sambut syawal nanti , baju yang anda beli sudah tidak boleh dipakai lagi ...






Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon