Resepi Mudah Puding Roti Croissant Siap dalam 30 Minit


Resepi Mudah Puding Roti Croissant Siap dalam 30 Minit | Roti Croissant ready made sangat mudah di dapati di pasaran terutamanya di pasaraya Giant . Sekiranya mampu menghasilkannya sendiri , membuat adalah lebih baik dari membeli .

Roti Croissant adalah rooti yan digulung seperti bentuk siput . Roti Croissant penuh mentega , kosong didalamnya . Dinamakan viennoiserie-pastri kerana bentuk bulan sabitnya  yang terkenal . Croissant dan viennoiserie diperbuat daripada doh yang berlapis-lapis .


Resepi Mudah Puding Roti Croissant Siap dalam 30 Minit

Resepi Mudah Puding Roti Croissant Siap dalam 30 Minit


Puding roti croissant ni sangat mudah dan cepat dihasilkan . Hanya perlukan masa 30 minit sahaja . Sebelum memulakan proses , panaskan oven selama 10 minit . Kepanasan dan suhu mengikut jenis oven masing - masing .

Selepas itu , sediakan pula bahan untuk membuat puding roti croissant seperti berikut :
  • roti croissant ( boleh dibeli di Giant )
  • 250 gm cream cheese 
  • 2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis

Resepi Mudah Puding Roti Croissant Siap dalam 30 Minit


Apabila semua bahan di atas sudah disediakan , ambil pengisar , masukkan cream cheese , susu pekat cair , telur dan susu pekat . Kisar sehingga sebati .

Sediakan loyang , susun roti croissant di atas loyang , tuangkan bahan yang dikisar sehingga paras roti . Taburkan sedikit cheese di atas roti croissant tersebut .

Bakar sehingga sos puding menjadi pekat . Angkat dan sejukkan sebelum dimakan .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon