Resepi Mudah Mee Rebus Udang Siap 30 Minit


Resepi Mudah Mee Rebus Udang Siap 30 minit | Mee rebus ada banyak variasi . Mee rebus asli menggunakan keledek yang dilecek kemudian dicampurkan dengan sup untuk memekatkan kuahnya . Supnya pula menggunakan udang geragau . 

Resepi Mudah Mee Rebus Udang Siap 30 Minit

Sesuai dengan zaman yang kian berubah , maka resepi juga sudah mula diubah suai mengikut selera dan permintaan semasa . Selain itu , resepi mee rebus juga dibuat mengikut bahan yang ada di sekitar mereka .

Resepi Mudah Mee Rebus Udang Siap 30 minit


Betulkah resepi mee rebus udang ini boleh siap dalam 30 minit ? Jawabnya , ia . Sebelum menerangkan cara-caranya , bahan-bahan membuat mee rebus udang perlu disediakan seperti :
  • mee
  • udang ( kepala dan badan asingkan )
  • ikan bilis
  • kentang ( dibelah 4 )
  • fish cake 
  • batang saladri
  • cili besar ( merah )
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia 
  • air 
  • garam 
  • gula
Apabila semua bahan di atas sudah disediakan , masukkan air ke dalam periuk , masukkan kentang  , kepala udang , ikan bilis dan batang saladri . Masak hingga kentang lembut . 

Sambil itu , kisar bawang merah , cili besar , bawang putih dan halia  dengan sedikit air dari rebusan di atas . Kalau nak lebih pedas , masukkan sedikit cili padi . Dah kisar , letak tepi .

Bila kentang sudah masak , keluarkan dan lenyek . Boleh juga gunakan lesung batu . 

Tapis air rebusan kepala udang dan ikan bilis . Kemudain masukkan semula ke dalam periuk . Masukkan pula bahan kisar . Masak hingga mendidih .

Bila sup sudah mendidih , masukkan kentang yang dilecek , kacau hingga sebati hingga mendidih .

Masukkan pula udang dan fishcake , gula dan garam secukup rasa . Kalau nak lebih sedap , masukkan sedikit daun ketumbar . Bila udang dah tukar warna , tutup api .

Sediakan mee di dalam mangkuk , tuangkan kuah mee rebus di atasnya bersama sedikit udang dan fishcake . Taburkan sedikit daun ketumbar .

Sedia untuk di makan .





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon