Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu | Kuih puteri ayu selalunya menjadi kuih kegemaran ketika berbuka puasa . Jika membeli di bazar ramadhan , kuih puteri ayu dijual dalam bentuk yang kecil dengan harga yang berpatutan . Kerana rasanya yang sedap , beli beberapa ketul tidak pas dimakan .


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu


Kali ini , dikongsikan cara mudah buah kuih putri ayu yang lembut dan gebu . Bila dilihat resepi dibawah , anda tidak perlu beli lagi di bazaar Ramadhan . Buat sendiri lebih puas sebab dapat makan banyak-banyak 

Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Sediakan bekas , masukkan 
  • 2 biji telur 
  • 1/2 sb ovelette
  • 3/4 cawan gula

Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Pukul adunan sehingga menjadi putih dan likat , bertanduk seperti meringue . 


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Ayak 1 cawan tepung gandum bersama 1 sk baking soda ke atas adunan di atas .


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Pukul laju-laju adunan tepung dan telur sehingga sebati . Pastu masukkan 1/4 cawan susu cair dan kacau lagi laju-laju .


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Taburkan sedikit garam dan 1 sb tepung jagung ke atas kelapa parut . Gaul hingga sebati . 


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Ambil kelapa parut , letakkan dalam acuan . Tekan-tekan sehingga padat .


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Bahagikan adunan kepada dua bahagian . Satu bahagian masukkan pewarna hijau dan sedikit essen pandan . Tuangkan adunan putih ke dalam acuan . Selepas itu barulah tuangkan adunan hijau pula .


Resepi Mudah Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu

Kukus adunan selama 15 minit . Tutup acuan dengan plastik . Gunakan plastik pembukus / isi barang dari pasaraya pun boleh . kemudian barulah tutup pengukus tersebut . Tujuannya supaya air dari tutup pengukus tidak menitik ke atas adunan dan kuih puteri ayu akan jadi lebih cantik .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon