Oat Sesuai Untuk Diet Di Bulan Puasa


Oat Sesuai Untuk Diet Di Bulan Puasa | Oat mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1854 di Amerika oleh seseorang yang bernama Ferdinand Schumacher . Beliau mengatakan bahawa oat sangat sihat untuk di makan .

Oat Sesuai Untuk Diet Di Bulan Puasa

Nutrisi


Oat dikenal pasti mengandungi nutrisi seperti kalsium , magnesium , zat besi , kuprum ( copper ) , zink , tiamin , mangan ( manganese ) , protein dan vitamin E .

Oat juga diketahui mengandungi bahan kimia semulajadi yang dikenali sebagai fitokimia yang ering didapati pada buah-buahan , sayur-sayuran juga tumbuh-tumbuhan yang berfungsi menentang penyakit .

Selain itu oat juga bersifat antioksidan yang mengandungi banyak flavonoid untuk mencegah penyakit jantung 

Kelebihan


Kajian mendapati bahawa oat memiliki serat larut aktif yang aktif membantu dan menyerap kolesterol berlebihan pada tubuh . Oleh itu , memakan oat secara tetap dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh manusia .

Selain itu , dengan memakan oat juga dapat menjadikan usus lebih sihat . Malah sumber nutrien dari oat itu dapat membantu memperbaharui sel-sel usus .

Kelebihan oat berbanding nasi adalah oat lebih mudah dihadam oleh perut selain dapat mengelakkan sembelit dan buasir terutama bagi orang tua .

Oat Sesuai Untuk Diet Di Bulan Puasa


Di bulan puasa , bagi yang tak berselera untuk makan nasi ketika bersahur , oat adalah pengganti alternatif yang paling sesuai . Secara tidak langsung , pengambilan oat di bulan puasa telah menjadi diet mudah untuk menurunkan berat badan dengan menjadi penyerap kolesterol yang efektif .

Menyediakan hidangan oat untuk sahur mudah saja . Anda hanya perlukan :
  • air suam
  • oat
  • buah-buahan
  • kekacang jika suka 

Apabila semua bahan di atas sudah ada , ambil mangkuk , masukkan air suam secukupnya , masukkan beberapa sudu oat , kemudain gaul sebati . Selepas itu , taburkan buah-buahan dan kekacang diatasnya . Sudah boleh dimakan . 

Penyediaan hanya ambil masa 5 minit sahaja . Manakala oat habis dimakan dalam 5 hingga sepuluh minit sahaja . Sangat mudah dan sesuai bagi mereka yang lambat bangun sahur .

Oat dapat bertahan dalam perut manusia selama 8 jam untuk dihadam sepenuhnya . Justeru itu , sesiapa yang memakan oat bersama kurma ketika sahur dapat bertahan lama dan lebih bertenaga .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon