Resepi Mudah Ikan Kukus


Resepi Mudah Ikan Kukus | Bulan Ramadhan merupakan bulan yang super busy bagi para isteri . Bila tiba di rumah selepas pulang dari kerja masa yang ada untuk memasak dah tak banyak . Pilihan yang ada , masak saja menu yang mudah Dan cepat siap dimasak .


Resepi Mudah Ikan Kukus

Resepi Mudah Ikan Kukus 


Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah bersama anda cara mudah sediakan ikan kukus . Anda cuma perlu potong bahan dan letak bersama ikan . Mari kita tengok apa bahan - bahannya .

Bahan - bahan

Ikan siakap
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Serai
Tomato
Lada benggala ( capsicum )
Brokoli
Air asam jawa
Sos ikan
Sos tiram

Cara menyediakannya


Setelah semua bahan di atas sudah disediakan , panaskan air . Sementara menunggu air kukusan mendidih , mari kita susun atur segala bahan di atas dalam satu bekas . Sebelum itu anda perlulah

1. Bersihkan sisik dan cuci bersih ikan siakap
2. Hiris halus halia
3. Cincang bawang putih
4. Mayang bawang besar
5. Hiris halus serai
6. Potong enam buah tomato .
7. Belah lapan lada benggala
8. Potong Brokoli


Setelah semua bahan di atas siap disediakan , masukkan ikan , taburkan semua bahan di atas ke atas ikan . Selepas itu , tebarkan pula air asam jawa , sos ikan dan sos tiram .

Selepas itu masukkan bekas tersebut ke dalam pengukus . Biarkan 15 minit atau sehingga masak .
Mudah saja bukan ? Sambil menunggu ikan kukus mudah Ramadhan anda masak , anda bolehlah berehat atau menyediakan menu yang lain pula .

Selamat mencuba .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon