Resepi Mudah Kek Apam Susu Gebu Sukatan Cawan | Apam sebenarnya lebih kurang sama saja dengan roti . Arwah bonda selalu buat apam dengan menggunakan adunan roti tetapi dikukus . Maksudnya , apam dihasilkan dengan campuran tepung gandum bersama yis dan air serta gula dan sedikit garam . Beza dengan roti , adunan apam adalah sedikit cair .
Setelah diolah semula resepi apam , iaitu menggantikan yis dengan ovelette dan menambahkan telur serta susu pekat manis , maka terhasillah resepi apam susu gebu .
Tentu ada yang bertanya , kenapa tidak disebut sebagai kek sedangkan ada telur didalamnya . Jawapannya adalah kerana di dalam resepi apam susu gebu tiada minyak atau butter juga marjerin sebagai ejen memasak adunan .
Walaupun tanpa minyak / butter dan marjerin di dalam resepi apam susu gebu , apam susu gebu tetap dapat dihasilkan dengan gebu dan lembut strukturnya . Tak percaya ? Saya akan buktikan dengan resepi mudah kek apam susu gebu sukatan cawan bersama dengan gambar sekali .
Satukan kesemua bahan diatas di dalam satu bekas , kisar guna pengisar atau putar menggunakan pemutar kek bersama sehingga sebati .
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ( supaya tak memercik ) ke dalam adunan bahan A . Kemudian , bahagikan adunan kepada dua bahagian . Masukkan warna yang berbeza pada adunan tersebut .
Masukkkan adunan apam susu gebu berlainan warna secara bersebelahan ke dalam loyang . Selepas itu , lorekkan menggunakan lidi / chopstick untuk dapatkan corak yang anda mahukan .
Masak apam susu gebu dengan cara mengukus di dalam rice cooker selama 15 hingga 20 minit . Sebelum masukkan adunan apam susu gebu ke dalam rice cooker , pastikan air di dalam rice cooker sudah mendidih terlebih dahulu .
Apam Susu Gebu

Resepi Mudah Kek Apam Susu Gebu Sukatan Cawan
Walaupun tanpa minyak / butter dan marjerin di dalam resepi apam susu gebu , apam susu gebu tetap dapat dihasilkan dengan gebu dan lembut strukturnya . Tak percaya ? Saya akan buktikan dengan resepi mudah kek apam susu gebu sukatan cawan bersama dengan gambar sekali .
Bahan - bahan A:
- 4 biji telur
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar ovelette
- 1 sudu teh essen vanilla
- 1 cawan gula pasir
Satukan kesemua bahan diatas di dalam satu bekas , kisar guna pengisar atau putar menggunakan pemutar kek bersama sehingga sebati .
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- pewarna
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ( supaya tak memercik ) ke dalam adunan bahan A . Kemudian , bahagikan adunan kepada dua bahagian . Masukkan warna yang berbeza pada adunan tersebut .
Masukkkan adunan apam susu gebu berlainan warna secara bersebelahan ke dalam loyang . Selepas itu , lorekkan menggunakan lidi / chopstick untuk dapatkan corak yang anda mahukan .
Masak apam susu gebu dengan cara mengukus di dalam rice cooker selama 15 hingga 20 minit . Sebelum masukkan adunan apam susu gebu ke dalam rice cooker , pastikan air di dalam rice cooker sudah mendidih terlebih dahulu .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon