Cara Mudah Buat Air Kurma Nabeez Untuk Merangsang Tenaga Ketika Berpuasa | Buah kurma merupakan satu-satunya buah yang dapat merangsang tenaga ketika berpuasa . Ini kerana kandungan glukosanya yang tinggi dan lambat diserap menyebabkan pemakannya dapat bertahan tanpa makan dan minum seharian .

Cara Mudah Buat Air Kurma Nabeez Untuk Merangsang Tenaga Ketika Berpuasa
Pernahkah anda mendengar air Nabeez ? Air nabeez ni merupakan buah kurma yang direndam semalaman di dalam air kosong sebelum di minum .
Air Nabeez ni merupakan minuman amalan Rasululla s.a.w. . Ada juga yang memangginya dengan air detox dengan menggunakan buah kurma sebagai bahan utama .
Cara nak hasilkan air Nabeez ni , hanya perlukan bahan
- 3 biji kurma
- segelas air masak
Malam sebelum tidur , ambil gelas kemudian isi air masak 3/4 cawan . Selepas itu , ambil 3 biji kurma , buang bijinya , kemudian carik-carikkan kurma tersebut sebelum dimasukkan ke dalam gelas berisi air . Tutup gelas tersebut . Tak perlu masuk peti sejuk .
Esoknya , selepas sahur , minumlah air nabeez ini sehingga habis . Jangan lupa makan sekali kurma yang ada . Jangan membazir .
Anda akan rasa bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa .
Jika dah habis bulan ramadhan , air nabeez boleh diminum pada waktu pagi sebelum sarapan iaitu ketika erut masih kosong .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon