Khasiat Kurma Beri Tenaga Ketika Berpuasa



Khasiat Kurma Beri Tenaga Ketika Berpuasa | Kurma atau dipanggil juga dengan nama buah tamar adalah merupakan makanan utama ketika beriftar . Kurma berasal dari negara-negara di timur tengah di mana para nabi dan rasul dilahirkan . Pokok kurma hidup subur di sana walaupun tanahnya adalah padang pasir yang tandus .


Khasiat Kurma Beri Tenaga Ketika Berpuasa


Buah kurma rasanya manis . Bagi buah kurma segar , kemanisannya agak sedikit jika dibandingkan dengan kurma kering yang lebih manis . Justeru itu , hanya dengan memakan 3 biji kurma ketika berbuka puasa , ianya sudah cukup memberikan tenaga untuk melakukan solat maghrib .

Khasiat Buah Kurma


Saidina Ali r.a. pernah meriwayatkan bahawa barang siapa yang memakan tujuh biji kurma setiap hari akan membunuh kuman di dalam badannya . 


Wanita Hamil


Kajian terhadap buah kurma mendapati bahawa amalan memakan buah kurma boleh merangsang kesihatan termasuklah kepada wanita yang sedang mengandung kerana ia bukan sahaa memberi dan memulihkan tenaga malah memudahkan proses untuk bersalin juga .

Selain memberi tenaga kepada wanita hamil , kurma juga memiliki banyak kelebihan lain seperti berikut :

1- Menambah Sel Darah


Kandunga zat besi dalam buah kurma membantu wanita dalam haid dan orang yang mengalami masalah anemia ( kekurangan sel darah merah ) untuk menambah semula darah yang hilang .

2- Tiada Kolesterol


Buah kurma boleh dimakan dengan kuantiti yang banyak setiap hari kerana ianya tidak mengandungi kolesterol .

3- Kaya Nutrisi


Di dalam buah kurma didapati mengandungi protein ( 1.8 hingga 2 % ) , serat ( 2 hingga 4 % ) , glukosa ( 50 hingga 57 % ) , vitamin A dan C , sodium dan potassium .

4- Gula Mudah Serap


Kandungan gula yang terdapat di dalam kurma mudah diserap oleh badan seterusnya memberi tenaga segera apabila berbuka puasa .

Berbuka dengan kurma menjadikan cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan dari makan secara berlebihan .

5- Meragsang Daya Ingatan


Kandungan potassium di dalam kurma dapat membantu sistem saraf merangsang daya ingatan , membangkit nafsu kelamin ( aprodisiak ) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim .


6- Baik Untuk Bayi


Bayi yang memakan kurma dapat mengurangkan sakit dan kadar degupan jantung .

7- Mengecutkan Rahim


Selain memudahkan untuk bersalin , amalan memakan kurma juga dapat membantu mengecutkan rahim kerana di dalam kurma terdapat bahan yang boleh membantu proses berkenaan sebagaimana yang dilakukan oleh Maryam a.s. yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s. .

8- Salasilat


Salasilat ( sejenis zat yang menyerupai aspirin ) di dalam buah kurma didapati boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah , bertindak sebagai anti keradangan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah . 

Selain itu , salasilat jug didapati boleh menjadi ubat penahan sakit dan demam .

9- Merangsang Minda Kanak-kanak


Kurma dapat membantu merangsang minda kanak-kanak yang memakannya secara rutin tetap selain membantu dalam proses tumbesaran .

10- Menyihatkan Sel Darah Merah 


Kandungan garam galian seperti potassium , kalsium dan zat besi di dalam buah kurma didapati dapat membantu menyihatkan sel darah merah .


11- Baik Untuk Ibu Hamil Dan Bayi


Kandungan zat besi dan kalsium di dalam buah kurma dapat membantu menambah susu badan , membantu pertumbuhan dan pembentukan darah serta sumsum tulang bayi .

Kurma merupakan buah yang sangat unik . Walaupun kandungan gulanya membekalkan tenaga segera kepada badan , tubuh manusia menyerap gula dalam kurma secara perlahan-lahan .

Kajian menunjukkan secara purata badan kita menyerap glukosa daripada minuman dalam masa 20 hingga 30 minit , tetapi memerlukan masa lebih panjang antara 45 hingga 60 minit bagi menggunakan glukosa daripada kurma .

Ini menandakan kurma juga sesuai dimakan ketika bersahur kerana proses penyerapan yang lambat membuatkan kita lebih segar dan bertenaga .  Malah , kandungan seratnya juga melengahkan rasa lapar .

Masyarakat Arab juga percaya , amalan memakan kurma bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia juga boleh menghaluskan kulit , memperbaiki kesihatan , sistem pencernaan dan merangsang perkembangan otak bayi .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Afif Rayyan
AUTHOR
11 June 2016 at 00:27 delete

Perkongsian yang menarikkk

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon