Khasiat Daun Kari Merawat Sembelit


Khasiat Daun Kari Atasi Sembelit | Daun kari merupakan ramuan utama dalam masakan India . Daun kari selalu digunakan dalam masakan kari , kacang dal , pergedil , maruku dan sebagainya . Aroma daun kari yang wangi bila digoreng menjadikan masakan sangat segar bila dihidu .

Pokok kari sangat mudah untuk ditanam . Selepas hidup subur , anak pokok kari akan tumbuh melalui akarnya yang menjalar . Jika tidak di kawal , anak pokok kari boleh memenuhkan satu kawasan . Pokok kari yang sudah tua akan menghasilkan buah .

Dalam bahasa saintifiknya , daun kari dikenali sebagai Murraya Koenigii Spreng dan datang dari keluarga Rutaceae . Pokok kari berasal dari India dan diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai rempah ratus melalui perdagangan .


Khasiat Daun Kari Merawat Sembelit

Nutrisi Daun Kari


Daun Kari mengandungi vitamin seperti vitamin A , vitamin C , vitamin B dan vitamin E selain asid nikotinik , asid amino malah juga memiliki sterol tumbuhan dan glikosida flavonoid . Manakala nutrisi yang terdapat dalam daun kari pula seperti karbohidrat , serat , tenaga , kalsium , magnesium , zat besi , fosforus mineral dan tembaga . Daun kari juga diketahui hanya memiliki 0.1 % lemak bagi setiap 100g .

Kajian yang dilakukan di Maktab Rendah Wanita Kenmei , Hyogo Jepun melalui Jabatan Ekonomi Rumah mendapati bahawa bahan kimia yang terdapat pada daun kari yang dikenali dengan alkaloid carbazole ermasuk mahanimbine , murrayanol , mahanineoenimbine , O-methylmurrayamine A , O-methylmahanine , isomahanine , bismahanine dan bispyrayafoline . Lanjutan dari itu , kajian di Jabatan Horikultur Universiti Michigan telah mendapati bahawa bahan kimia tersebut memiliki ciri-ciri anti-microb dan anti-serangga yang boleh digunakan untuk menghapuskan nyamuk .


Khasiat Daun Kari Merawat Sembelit

Khasiat Daun Kari Dalam Merawat Penyakit


Menurut hasil kajian saintifik , daun kari mengandungi pelbagai khasiat yang berunsurkan antioksidan , ant-imikrob , anti-kasinogen , anti-diabetis , anti-radang dan hepato- pelindung ( keupayaan melindungi hati daripada kerosakan ) .

Bahagian pokok kari yang berkhasiat pada kesihatan dan digunakan sebagai herba terutama dalam perubatan Ayurveeda adalah daun , kulit dan akarnya . Daun kari terutamanya diketahui dapat membantu merawat pelbagai seperti

1- Merawat Masalah Sembelit


Sembelit merupakan penyakit yang kerap dialami oleh kita terutamanya  ibu hamil dan orang-orang tua . Keadaan ini berlaku disebabkan faktor pemakanan dan juga usia . 

Untuk merwat sembelit , ambil beberapa helai daun kari , rendamkan di dalam air panas . Bila sudah suam , masukkan sedikit madu , kacau sebati . Selepas itu , bolehlah diminum .

2- Tonik Rambut 


Untuk menghasilkan tonik rambut menggunakan daun kari , minyak kelapa perlulah ada . Boleh juga jika mahu menggunakan minyak zaitun . 

Caranya , ambil satu sendok minyak kelapa / minyak zaitun dan segenggam daun kari . Goreng daun kari hingga hangus . Kemudian sejukkan . Bila dah sejuk , ambil dan sapukan pada kulit kepala dan rambut . Tonik rambut daun kari dikatakan mampu mencegah uban .


3- Hilangkan Loya Dan Pening


Daun kari boleh merawat rasa loya dan pening wanita yang sedang mengandung . Pening dan loya ni berlaku disebabkan lemak dan angin yang berlebihan di dalam badan .

Caranya , ambil daun kari yang segar . Masukkan ke dalam pengisar bersama sedikit air . Kisar sehingga menjadi jus . Kemudian ambil satu sudu jus kari dan campurkan dengan satu sudu air perahan limau nipis . Kacau sebati , kemudian minum .

4- Merawat Diabetis


Diabetis selalunya berpunca dari kegemukan dan ada juga dari keturunan . Kalau dibiarkan hingga melarat , diabetis boleh menyebabkan kematian .

Untuk merawat biabetis menggunakan daun kari , anda cuma perlu memakan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan .  Tahukah anda bahawa daun kari muda sangat sedap dibuat ulam . 

5- Merawat Bisa Ular


Jika tiba-tiba dipatuk ular , boleh buat rawatan awal menghilang, mengurangkan kesakitan sebelum pergi hospital .

Caranya , ambil daun kari , kunyit hidup dan sedikit garam . Hancurkan semua bahan ini menggunakan giling rempah ataupun lesung batu . Masukkan sedikit air , kacau sehingga sebati . Tapis , kemudian ambil airnya dan minum .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon