Perkara Yang Perlu Buat Bila Fogging


Perkara Yang Perlu Buat Bila Fogging | Bila masuk je musim hujan / tengkujuh , selain mungkin berlaku banjir , akan berlaku juga pembiakan nyamuk . Kalau sekadar nyamuk biasa ,itu tidak mengapa , tetapi kalau nyamuk itu adalah nyamuk aedes , maka akan berlaku demam denggi .


Perkara Yang Perlu Buat Untuk Fogging


Nyamuk Aedes


Nyamuk aedes mudah membiak terutama di dalam bekas yang bertakung air . Nyamuk aedes membawa virus yang dikenali sebagai DEN1, DEN2, DEN3 dan DEN4 . Sekiranya seseorang itu digigit nyamuk aedes , kebaragkalian mendapat demam denggi adalah tinggi .

Demam Denggi


Demam denggi terbahagi kepada dua iaitu demam denggi biasa dan juga demam denggi berdarah yang boleh membawa maut . Apabila anda pergi mendapatkan rawatan di hospital , doktor akan mengenal pasti sama ada anda demam biasa , demam denggi ataupun demam denggi berdarah .

Gejala Demam Denggi Berdarah


Tanda mudah untuk anda kenal pasti bahawa anda dijangkiti virus aedes dan mendapat demam denggi berdarah adalah
  • mudah lebam
  • pendarahan di bawah kulit gusi dan pendarahan pada hidung
  • pendarahan pada seluruh badan yang akan membawa maut sekiranya tidak medapat rawatan dengan segera .

Simptom Demam Denggi


Simptom awal yang menandakan anda dijangkiti virus demam denggi selepas lebih kurang 5 hingga 6 hari adalah 
  • sakit kepala yang bukan migrain
  • sakit pada bahagian sendi 
  • sakit paa bahagian tulang belakang 
  • berasa loya dan mengalami muntah - muntah yang kerap
  • sakit pada bahagian biji mata 
  • keluar ruam pada tubuh badan

Semburan Fogging


Untuk mengawal nyamuk aedes daripada merebak , pegawai kesihatan ataupun pihak berkuasa tempatan akan melakukan semburan fogging . Semburan Fogging merupakan semburan berupa asap yang mengandungi racun insektisida untuk membunuh nyamuk aedes . 

Di kawasan perumahan ini , semburan fogging selalunya dilakukan seminggu sekali bila tiba musim hujan . Kalau ada kes demam denggi datang dari perumahan ini, bukan setakat semburan fogging , malah setiap rumah akan diperiksa sama ada terdapat air yang bertakung ataupun tidak . 

Sekiranya didapati ada air bertakung seperti di dalam tayar atau bahan buangan dan didalamnya terdapat nyamuk yang membiak , maka pemilik rumah tersebut akan berhadapan dengan saman  / kompaun kerana dianggap cuai dan menyebabkan nyamuk aedes membiak .

Perkara Yang Perlu Buat Bila Fogging


Selalunya semburan fogging dijalankan tanpa amaran dan notis . Di perumahan yang diduduki ni , selalunya dengar bunyi semburan fogging secara tiba - tiba dalam sekitar pukul tujuh malam . Apabila dengar je bunyi semburan fogging tu , kita perlulah 
  • tutup makanan / simpan makanan dalam peti sejuk
  • tutup semua tingkap
  • tutup semua pintu 

Tapi bagaimana pula kalau dalam tandas rumah anda ada nyamuk dan anda sendiri tak pasti nyamuk itu nyamuk aedes atau nyamuk biasa ? Jalan paling mudah , anda sembur sahaja dengan semburan ridset untuk nyamuk .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon