Rawat Ulser Mulut Guna Bahan Semula Jadi



Rawat Ulser Mulut Guna Bahan Semula Jadi | Ulser mulut kerap berlaku apabila suhu badan naik mendadak . Selalunya panas badan ini berlaku pada bahagian dalam dan tak menjadikan penghidap itu demam . 

Pun begitu , kewujudan ulser mulut sangat seksa untuk penghidap mengunyah makanan terutama makanan yang pedas seperti sambal , asam pedas dan kari . 

Tetapi anda jangan bimbang kerana ada cara mudah merawat ulser mulut menggunakan bahan semula jadi . Berikut adalah diantaranya :


Rawat Ulser Mulut Guna Bahan Semula Jadi

1- Air Garam


Air garam merupakan cara tradisional dan menjadi pilihan sejak dulu lagi . Caranya , anda hanya perlu berkumur dengan air garam beberapa kali sehari . Cara itu dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan di mulut . Cara ini juga diketahui lebih cepat menyembuhkan ulser mulut . Selain itu , air garam juga dapat menghalang jangkitan pada mulut . Walaupun berkesan , cara ini akan mendatangkan rasa pedih apabila berkumur .

2- Air Baking Soda


Ambil baking soda dan campurkan dengan sedikit air kemudian letakkan pada ulser mulut anda . Luka ulser itu akan makin mengecil sedikit demi sedikit bila kerap diletakkan air bancuhan baking soda .

3- Air Kelapa  


Ulser wujud disebabkan suhu badan yang panas berlebihan . Dengan meminum air kelapa , suhu badan yang panas dapat diturunkan sekaligus menjadikan ulser bertambah baik .


4- Marjerin


Ambil sedikit marjerin , letakkan pada ulser dan biarkan ianya cair . Lakukan dengan kerap supaya ulser cepat sembuh . Marjerin sangat sesuai untuk ulser pada mulut kanak-kanak kerana tidak memedihkan .

5- Madu


Madu sangat sesuai untuk ubat ulser mulut pada kanak-kanak . Malah madu juga menyebabkan ulser mulut cepat mengecut menjadikan madu sangat berkesan dalam merawat ulser mulut .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon