Resepi Mudah Buat Lemonade


Resepi Mudah Buat Lemonade | Lemonade merupakan sirap kegemaran masyarakat barat . Lemonade ini dihasilkan dari gabungan lemon dan gula . Lemonade bukan sekadar dibuat campuran dalam air malah juga boleh tuangkan di atas roti , kek , pankek dan puding sebagai sos manisan .

Resepi Mudah Buat Lemonade

Khasiat Kulit Limau 

Limau diketahui mengandungi vitamin C yang tinggi serta lainnya yang diketahui baik untuk tubuh badan dan kecantikan wajah . Selain isi limau , kulit limau juga tak kurang hebat khasiatnya untuk tubuh badan dan kecantikan . Antaranya :
  • membantu mengatasi masalah sejuk badan
  • membantu mencegah frostbite
  • membantu menghilangkan bau mulut
  • membantu mengubati sakit gigi geraham
  • membantu merawat gigi yang sensitif
  • membantu mengurangkan batuk
  • membantu menguabti bronchitis yang kronik
  • membantu mencegah sesak nafas
  • membantu mengatasi masalah sembelit
  • mengembalikan semula nafsu makan
  • membntu mengatasi masalah mastitis ( bengkak payudara )
  • membantu mengatasi masalah alergi
  • membantu mengatasi masalah hangover ( sakit kepala selepas bangun tidur kerana mabuk )
  • membantu mengatasi mabuk dalam perjalanan ( kereta / bot )

Resepi Mudah Buat Lemonade


Limau mandarin ni bila anda sudah makan isinya  jangna dibuang kulitnya . Ini kerana , kulit limau mandrin boleh anda jadikan sirap limau . Kalau orang putih sebut Lemonade

Cara mudah nak buat lemonade ni mudah saja . Anda hanya perlu

Resepi Mudah Buat Lemonade

1-  Kupas kulit limau . Pastikan selaput berwarna putih itu tidak terikut sekali sebab akan memberikan rasa pahit nanti .


Resepi Mudah Buat Lemonade

2- Selepas itu hiris kulit limau nipis-nipis seperti ganbar di atas .

3- Masukkan ke dalam periuk , tambahkan air secukupnya , gula sebanyak yang anda mahukan .

4- Masak sehingga air menjadi pekat seperti sirap dan naik bau kulit limau .

5- Masukkan perahan lemon sebanyak mana yang anda mahu . Boleh juga masukkan jus limau . Gaul sebati .

6- Sejukkan , kemudian masukkan ke dalam jar .

7- Bila anda nak minum , hanya ambil sedikit sirap limau , tambah air dan ais , kemudian kacau sebati .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon