Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar


Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar | Ramai antara kita tak memikirkan warna kesegaran sayur bila memasak . Selalunya bila kita masak sayur goreng / tumis , warna sayur jadi lebam kerana dimasak lama sebab bimbang tak masak kan . Selalunya tejadi pada sayur kangkung , kailan dan juga sayur campur .

Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar

Warna Sayur 


Di sini saya menggunakan sayur kailan sebagai contoh . Selalunya, bila masak kailan goreng belacan , kita masukkan kailan selepas bahan tumisan naik bau , daun dan batang kailan akan kelihatan seperti tak masak . 


Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar


Untuk menjadikan daun dan batang kailan masak , ada sesetengah orang akan menambah sedikit air supaya sayuran jadi layu dan masak . 

Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar


Sebenarnya ada cara yang lebih mudah nak kekalkan warna sayur tanpa menambahkan air pada tumisan dan pada masa yang sama , warna sayur nampak masih kelihatan segar .

Di bawah ini ,  ditunjukkan langkah demi langkah proses mencelur sayur untuk kekalkan warna kesegarannya .

1- Didihkan air , masukkan sedikit garam danminyak masak . Bila air dah mendidih , masukkan sayur .

Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar


2- Bila warna sayur bertukar , terus angkat / keluarkan sayur tersebut .


Cara Mudah Kekalkan Warna Sayur Nampak Segar


3- Masukkan sayur yang anda dah angkat / keluarkan , masukkan pula ke dalam mangkuk berisi air sejuk / ais . Tujuannya untuk menghentikan proses masakan .

4- Selepas itu , bolehlah anda toskan dan potong - potong untuk di masak goreng / tumis kering .


Mudah saja prosesnya kan . Masalahnya tak ramai yang rajin nak lakukan proses kekalkan warna sayur supaya nampak segar sebab walaupun sayur nampak lebam , tetap masuk ke dalam perut juga .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon