Khasiat Asam Jawa Ubat Sakit Tekak | Selama ini asam jawa popular kerana sifat serba gunanya iaitu bukan sahaja sebagai minuman yang enak malah juga boleh dijadikan ubat tradisional untuk meredakan panas badan , kering tekak dan bengkak .
Selain itu , asam jawa juga digunakan sebagai perisa dalam pembikinan kuih muih , kek , roti , ais krim dan pelbagai makanan lain .
Pokok dengan nama botani Tamarindus indicia ini mudah kelihatan di mana-mana malah turut ditanam sebagai penyeri lanskap di laman rumah dan di tepi jalan raya .
Khasiat Asam Jawa Ubat Demam , Sakit Tekak
Bagi pengamal perubatan berasaskan herba , khasiat asam jawa bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka kerana ia sememangnya terbukti dapat menjadi penawar kepada banyak penyakit .
Panas Badan
Asam jawa merupakan ubat demam / panas badan yang paling mujarab yang digunakan sejak dulu lagi .
Caranya mudah sahaja . Ambil asam jawa , campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke seluruh badan terutama di bahagian-bahagian sendi .
Luka
Selain mengurangkan panas badan seperti yang diketahui ramai , asam jawa juga boleh mengubati luka dan memberi tenaga tambahan .
Bisa Gigitan
Biji asam jawa boleh menjadi penawar dan mengurangkan sakit akibat bisa gigitan binatang liar .
Caranya , belah dua biji asam jawa dan tekapkan di tempat yang luka atau digigit oleh binatang itu dan lebih baik jika ia dibalut . Apabila dilakukan beberapa kali pada hari terkena luka dan gigitan , pedih dan bisanya boleh dikurangkan . Kesan gigitan lebih cepat sembuh .
Lemah Anggota Badan
Untuk mendapatkan tenaga tambahan , terutama ketika mengalami lemah-lemah anggota badan , bancuhlah ar asam jawa atau menjadikannya jus yang dicampurkan dengan gula batu .
Sakit Tekak
Selain mengembalikan tenaga , asam jawa juga sekaligus boleh menyembuhkan batuk , sakit anak tekak atau perit di kerongkong dan kering tekak yang menyebabkan suara serak .
Bengkak
Asam jawa dicampurkan dengan air kemudian sapukan pada bahagian yang bengkak dan memupuk asam jawa pada bahagian terseliuh juga mampu meredakan kesakitan .
Kecutkan Lepoh
Asam jawa yang ditepekkan pada bahagian yang melepuh akibat terkena air panas atau minyak panas , mampu mengecutkannya .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon