Bahaya Bahan Pengawet Mayat Di Dalam Makanan | Tahukah anda bahawa bahan pengawet mayat yang dikenali dengan bahasa saintifiknya sebagai formalin telah banyak digunakan dalam makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari ?
Tujuan bahan pengawet mayat ini digunakan dalam sayuran , buah-buahan dan ikan adalah supaya ianya tahan lebih lama dari cepat membusuk . Formalin dalam makanan befungsi dengan membunuh bakteria yang menyebabkan makanan menjadi busuk .
Bahaya Bahan Pengawet Mayat Di Dalam Makanan
Formalin merupakan bahan kimia yang bersifat korosif . Formalin yang terdapat dalam tubuh secara berlebihan boleh merosakkan organ tubuh seterusnya organ tubuh akan gagal berfungsi sepenuhnya .
Selain digunakan untuk mengawet mayat , formalin juga digunakan sebagai
- bahan pembasmi serangga ,
- bahan pembuatan pewarna , cermin / kaca ,
- bahan pengeras untuk gelatin dan kertas untuk fotografi
- bahan pembuatan baja
- bahan pembuatan pewangi
- bahan pengawet untuk barangan kosmetik dan pengeras kuku
- bahan campuran dalam barang keperluan harian juga penjagaan diri
Kesan Pada Tubuh
Dalam jangka panjang , formalin mampu merubahan pembiakan sel . Formalin yang juga bersifat karsinogenik jika diambil dalam jangka panjang akan menghasilkan kanser .
Banyak jenis kanser yang boleh terhasil melalui formalin ini . Antaranya seperti kanser hidung , kanser kulit , kanser otak dan kanser usus . Kanser usus adalah penyakit yang banyak disebabkan oleh formalin .
Hasil Kajian
Kajian telah dilakukan terhadap hati manusia dengan merendamnya di dalam pengawet formalin mendapati hati tersebut bertukar warna menjadi hitam dan keras . Ini disebabkan oleh tindak balas pengumpulan protein yang terdpat di dalam hati disebabkan formalin . Keadaan sama akan berlaku pada organ-organ yang lain juga .
Cara Mengesan
Formalin boleh dihidu kerana bau kimianya yang kuat tetapi tidak semua orang tahu bau pengawet mayat itu bagaimana .
Formalin susah hilang walaupun makanan tersebut dicuci . Ada bahan makanan pula , mudah sangat menyerap bahan penawet mayat ini .
Sekiranya bahan makanan atau buah-buahan itu kekal kenyal dan segar , itu bermakna ianyanya mengandungi formalin .
Contohnya tahu . Jika tahu itu keras , tidak busuk dan berbau selepas 6 jam pada suhu bilik , itu bermakna tahu tersebu mengandungi formalin .
Jenis Makanan
Bahan makanan yang dikesan terdapat formalin adalah seperti jejari ketam , tahu , buah-buahan import , mee kuning , ikan yang dijual di pasar , makanan ringan / jajan ,
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon