Tanda-Tanda Badan Anda Banyak Toksin


Tanda-Tanda Badan Anda Banyak Toksin | Toksin merupakan sisa makanan yang sudah melalui proses pengasingan . Sisa makanan yang menjadi toksin akan keluar melalui air kencing dan juga perpeluhan . Jika toksin ini tidak dikeluarkan , ianya akan menjadi racun yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit dalam tubuh kita .


Tanda-Tanda Badan Anda Banyak Toksin

Tanda-Tanda Badan Anda Banyak Toksin


Adakalanya , kita tidak perasan bahawa di dalam tubuh badan kita mengandungi toksin yang banyak sehinggakan badan kita mengeluarkan tanda - tanda sebagai amaran .

Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada badan anda dipenuhi toksin , berikut adalah tanda-tanda badan penuh toksin .

1- Sembelit


Anda sukar untuk membuang najis walaupun anda banyak makan makanan yang mengandungi serat , buah-buahan dan sayuran serta meminum banyak air . Lazimnya , seorang yang normal akan membuang najis sekurang-kurangnya sekali sehari .

Tahukah anda bahawa najis dan cecair dalam badan anda perlu dibuang setiap hari untuk mengelakkan toksin yang terkandung di dalamnya menyebabkan penyakit !


2- Perut Kembung


Apabila toksin yang banyak dalam usus anda tidak dapat dibuang melalui pembuangan najis , ianya akan menyebabkan berlaku kembung perut akibat tindakbalas asid yang terperangkap di dalamnya .


3- Kepala Sakit


Toksin yang ada dalam badan akan mengeluarkan gas yang akan menyebabkan anda sakit kepala  . Jika toksin itu dalam jumlah yang banyak , maka anda juga akan mengalami sakit kepala yang  kerap dalam sehari . Sakit kepala itu selalunya dianggap sebagai migrain .


4- Lesu Dan Letih


Bila racun sudah banyak di dalam badan , sistem operasi badan kita juga jadi lemah disebabkan terganggu . Keadaan iu menyebabkan badan kita menjadi lesu dan kita akan mudah merasa letih walaupun sekadar melakukan kerja yang mudah .

5- Bau Mulut


Ramai yang tidak tahu bahawa mulut yang berbau itu adalah disebabkan kandungan toksin yang banyak dalam badan .

Mulut jadi berbau apabila toksin yang terdapat di dalam usus tidak dibuang dengan sempurna dan kerap .

6- Perut Buncit


Najis yang tidak dibuang akan mengeras dan berkumpul di dalam usus . Keadaan itu menyebabkan perut anda menjadi buncit .Bila najis tidak dibuang , maka toksin juga berkumpul dan menjadi racun .

7- Jerawat Dan Kulit Kusam


Toksin yang berkumpul pada kulit akan menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan tumbuh jerawat . 

Untuk mengatasinya , anda perlu rajin buat air detoks yang mengandungi halia juga lemon serta buah-buahan lainnya . Selain itu , baut senaman yang boleh mengeluarkan peluh . Dengan itu , toksin akan keluar dari badan bersama peluh-peluh tersebut .

8- Kuat Makan


Toksin yang tidak terkawal di dalam badan menyebabkan anda rasa nak makan dan tak dapat mengawal selera anda .

Pemilihan jenis makanan yang tidak sesuai seperti makan sejuk beku dan makanan segera akan menjadi penyumbang utama kepada kehadiran toksin dalam badan .


Selain anda perlu membuang najis dan mengeluarkan peluh untuk mengeluarkan toksin , anda juga boleh membuat air detoks untuk membuang toksin melalui air kencing .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon