Kesan Buruk Kunyit Bila Di Makan Berlebihan


Kesan Buruk Kunyit Bila Di Makan Berlebihan | Kunyit bukan sahaja boleh digunakan rizom / ubinya , malah juga daunnya . Ubi kunyit boleh digunakan secara segar dan juga dibuat serbuk . Kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan , malah juga dalam perubatan tradisional .



Kesan Buruk Kunyit Bila Di Makan Berlebihan


Kunyit diketahui sebagai bahan yang boleh menghilangkan bau hanyir makanan laut terutamanya ikan dalam masakan . Bagi masyarakat minang , kunyit mesti ada dalam amsakan gulai mereka utuk mendapatkan warna kekuningan dan daunnya untuk menjadikan rasa masakan lebih sedap . 

Di sebalik itu , tahukah anda bahawa menggunakan kunyit secara berlebihan dalam masakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh seperti 

1- Mengurangkan Susu Ibu


Bagi ibu yang menyusukan anak , anda dinasihatkan supaya tidak terlelu kerap menggunakan kunyit dalam masakan untuk mengelakkan susu anda jadi mengurang .


2- Melambatkan Proses Pembekuan Darah


Jika anda mengalami masalah pendarahan , anda dinasihatkan supaya berhenti menggunakan kunyit dalam masakan . Ini kerana , kunyit itu akan menyebabkan pendarahan berlebihan terutama sebelum dan selepas menjalani pembedahan .

3- Batu Hempedu


Pengambilan kunyit yang kerap boleh menyebabkan batu dalam hempedu menjadi semakin kronik .

4- Gastrik


Sekiranya anda penghidap gastrik , kandungan kunyit yang berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit perut , cirit birit dan merasa loya malah akan ada juga kesan sampingan yang lainnya kerana pembetukan asid gastrik bertambah .


5- Diabetes


Kunyit akan menjadikan merangsang  ubat-ubatan diabetes menjadi lebih kuat seterusnya mengakibatkan pesakit lebih terdedah kepada hypoglycemia, iaitu keadaan di mana paras gula pesakit terlalu rendah .





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon