Resepi Mudah Terung Masak Kurma Pedas


Resepi Mudah Terung Masak Kurma Pedas | Terung merupakan sejenis sayuran yang tergolong dalam kekacang . Ada pelbagai jenis terung yang kita boleh jumpa di pasaran iaitu terung panjang , terung bulat dan terung sederhana panjang dengan warna ungu ataupun putih . 

Manakala kurma pula adalah sejenis masakan Arab yang diperkenalkan ke rntau ini melalui perdagangan rempah ratus satu masa dahulu . Ramuan yang terdapat dalam uram adalah rempah ratsu seperti ketumbar , jintan manis dan sebagainya .


Resepi Mudah Terung Masak Kurma Pedas

Resepi Mudah Terung Masak Kurma Pedas


Terung selalunya di masak menggunakan resepi terung sambal , terung tumis pedas , pajeri terung , menjadi campuran dalam masakan kari dan sebagainya . Jika anda sudah jemu dengan semua resepi tersebut , boleh mencuba pula resepi terung masak kurma pedas . 

Untuk menghasilkan terung masak kurma pedas , bahan -bahan berikut diperlukan :
  • terung ( belah dua dan potong dua )
  • serbuk kurma ( bancuh dengan sedikit air )
  • rempah tumis ( bunga lawang , buah pelaga dan kayu manis )
  • bawang merah ( dimayang )
  • bawang putih ( dihiris )
  • cili padi ( belah dua separuh )
  • air asam jawa 
  • gula
  • garam 

Untuk menghasilkan resepi terung masak kurma pedas , mula-mula perlu panaskan minyak . Gorengkan terung . Bila terung sidah lembik , angkat dan toskan .

Selepas itu , kurangkan minyak , masukkan pula bawang putih dan bawang merah . Setelah bawang merah dan bawang putih sudah agak garing / kekuningan , masukkan pula rempah tumis . Kacau sehingga naik bau .

Kemudian masukkan serbuk kurma , air asam jawa , gula dan garam . Kacau supaya sebati dan biarkan mendidih .

Apabila sudah mendidih , masukkan terung yang digoreng tadi bersam dengan cili padi . Bolak balikkan terung supaya sebati dengan kuah . Bila kuah dah pekat , tutup api dan angkat untuk dihidangkan .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon