Khasiat Air Limau Pada Tubuh



Khasiat Air Limau Pada Tubuh | Terdapat banyak jenis limau yang ada di pasaran . Antaranya yang kerap ditemui adalah limau kasturi , limau nipis , limau purut , lemon , limau mandarin , limau gedang limau manis dan limau barli .


Walaupun berlainan nama , semua limau tersebut memberikan khasiat yang hampir sama . iaitu mengandungi asid sitrat dan buah yang kaya dengan vitamin C. Selain itu , limau juga mengandungi vitamin lain seperti vitamin B, Riboflavin mineral , kalsium, mangesium, fosforus , protein dan karbohidrat . 


Khasiat Air Limau Pada Tubuh

Khasiat Air Limau Pada Tubuh


Tahukah anda bahawa air limau mengandungi banyak khasiat untuk memberikan kesihatan yang baik pada anggota tubuh badan dan sistemnya seperti berikut :


1. Perut



Limau yang dicampurkan dengan air panas dapat membantu proses pencernaan . Selain itu , campuran tersebut dapat juga membantu menghilangkan rasa mual dan memulas . 

Pengamalan meminum jus limau secara tetap dapat membantu perut menghilangkan kotoran dengan lebih efisien , dapat mengelakkan sembelit dan menjadi tonik hati untuk menghasilkan lebih hempedu . 

2. Kulit


Limau dapat menjadi ubat antiseptik semula jadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka akibat terbakar akan pudar dengan pantas jila ditempelkan limau padanya.

3. Gigi


Tahukan anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit. Manakala perahan jus limau dapat menghentikan perdarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah ain yang berkaitan dengan gusi.


4. Sembukan jangkitan pada tekak.


Limau juga ialah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak, dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya, anda boleh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.

5. Mengawal tekanan darah tinggi.


Air limau bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantun, kerana kandungan kalium yang tinggi didalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.

6. Menurunkan berat badan.


Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.

7. Membantu peyembukan gangguan nafas.


Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.

8. Mengubati reumatik.


Limau memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.


9. Merendahkan suhu badan dan selsema.


Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.

10. Pembersih darah.


Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air limau kerana ia mempunyai sifat pembersih darah.




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon