Khasiat Halba Ubat Yang Paling Mujarab


Khasiat Halba Ubat Yang Paling Mujarab | Trigonella Foenum-Graecum , merupakan pokok yang mengeluarkan banyak biji yang dinamakan sebagai halba . Halba yang juga dikenali dengan nama fenugreek adalah merupakan salah satu daripada rempah ratus yang selalunya ada dalam masakan Melayu dan India seperti kari , kurma dan sebagainya . 

Halba mengandungi mineral banyak nutrisi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia seperti vitamin C , Vitamin B2 , Vitamin B1 , Vitamin B3 , mangan , folat , fosforus , asid amino , asid lemak , zat besia , kalsium , magnesium , potassium , zink dan selenium .


Khasiat Halba Ubat Yang Paling Mujarab

Khasiat Halba Ubat Yang Paling Mujarab


Oleh kerana banyaknya kandungan nutrisi di dalam halba , halba menjadi ubat yang paling mujarab sejak berabad lamanya .

Hippocrates yang juga dikenali dengan Al-Abqirad , seorang  Yunani telah menggunakan halba dalam perubatan . Ini menunjukkan , halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan sudah diketahui khasiatnya dan digunakan dalam perubatan sejak 1500 SM lagi .

Berikut antara khasiat halba dalam kehidupan manusia .

1- Kesihatan


Jika halba digunakan sebagai rempah ratus dalam banyak masakan , khasiat yang terkandung dalam halba dapat merangsang insulin serta melambatkan penyerapan guladi dalam perut bagi pesakit diabetes .

Khasiat halba dapat mengatasi masalah sembelit apabila ianya bertindak sebagai julap ( laxative ) yang berfungsi untuk membersihkan usus .

Meminum air rebusan halba dapat mengurangkan mukus di dalam hidung , membantu meredakan demam dan sakit tekak juga resdung dan asma .

Halba yang  ditumbuk lumat dapat memantu mengurangkan keradangan ( inflamation ) dan bengkak kelenjar pada kulit dengan cara diletakkan pada tempat radang tersebut . 

2- Wanita


Halba yang mengandungi banyak phytoestrogens yang menyamai estrogen iaitu hormon wanita telah membantu menggalakkan pengeluaran susu badan untuk ibu yang hamil .

Halba juga dapat membantu wanita yang mengalami senggugut dengan cara meletakkannya di dapam kain , dipanaskan dan kemudan diruamkan diatas perut .

3- Rambut


4- Kurus


5- Ketagih Rokok


Halba yang dijadikan teh dan dicampurkan sedikit madu dan diminum dengan konsisten , dapat mengurangkan ketagihan merokok .

6- Anak


Khasiat halba dalam masakan juga dijadikan teh dapat membantu meningkatkan kecergasan , menambah kekuatanbadan dan merangsang tumbesaran anak -anak .

7- Seks


Ramuan tradisi meminum teh halba juga dikatakan mjarab dalam menambah nafsu lelaki dan wanita selain dapat merawat masalah mati pucuk serta membantu memanaskan organ pembiakan .


Teh Halba


Halba dirbus sehingga mengeluarkan warna seperti teh , kemudain dicampurkan dengan madu dan diminum secawan setiap hari dapat membantu 

  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung,sebu dan senak
  • Pencuci perut
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lender tekak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Senggugut
  • Merangsang rahim
  • Kegemukan
  • Kurang berat badan
  • Mengawal kencing manis
  • Radang kulit dan Bisul


Di zaman Rasulullah s.a.w., halba telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit berdasarkan kenyataan Saad bin Abi Waqqas .

Ketika Saad bin Abi Waqqas sedang terlantar sakit , Rasulullah s.a.w. telah menyuruh memanggil Al Harith Ibn Qaldah , sorang tabib untuk merawatnya . Al Harith telah mencadangkan agar Saad makan kurma Ajwa' dan halba sebagai ubat . Dengan izin Allah , setelah memakan halba dan kurma , Saad telah sembuh dari penyakit yang dihidapinya .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon