Khasiat Rempah Ratus Bunuh Sel Kanser | Rempah ratus merupakan bahan utama dalam masakan yang dibawa masuk dari India sejak zaman sebelum merdeka lagi . Pengaruh rempah ratus dalam masakan India seperti kari sangat kuat sehinggakan tanpa rempah ratus , maka tidak terhasillah masakan seperti kari dan kurma .
Rempah ratus yang terdiri daripada jintan manis , jintan putih , ketumbar , bunga lawang , buah pelaga , kayu manis , cengkih , halia , bawang putih , serai , kunyit , cili , lada hitam dan halba sangat diperlukan dalam masakan Melayu dan India .
Rempah ratus di dalam masakan selain memberi aroma yang wangi , juga memberi rasa yang sedap . Malah kajian mendapati , khasiat rempah ratus dalam masakan dapat menjadi penawar kepada banyak penyakit .
Khasiat Rempah Ratus Bunuh Sel Kanser
Sebelum ini , terdapat tiga kajian berasingan yang membuktikan kebolehan rempah ratus seperti halia , kulit kayu manis ,cengkih dan lada benggala membantu merawat pelbagai jenis penyakit .
Kajian yang disempurnakan oleh sekumpulan saintis Pusat Kanser Komprehensif , University of Michigan itu membuktikan , sekurang-kurangnya beberapa rempah ratus popular berupaya memperlahankan atau menghalang pertumbuhan kanser .
Halia
Halia misalnya , dikatakan mampu membunuh sel-sel kanser ovari .
Cili
Beberapa penyelidikan yang dilakukan ke atas rempah ratus , mendapati bahawa bahan yang menghasilkan rasa pedas pada cili , berupaya membuatkan sel-sel kanser prostat ' membunuh diri ' dan boleh mengecutkan tumor pankreas .
Kulit Kayu Manis
Sementara itu , dalam laporan lain yang telah dibentangkan . kulit kayu manis didapati mampu meningkatkan fungsi insulin , dapat merawat penyakit diabetes dan juga jantung .
Cengkih
Manakala cengkih pula didapati dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan bermanfaat untuk penyakit diabetes dan jantung .
Lada Benggala
Terdahulu , sekumpulan penguji kaji Amerika menerusi jural Penyelidikan Kanser berkata , lada benggala mencetuskan proses yang menyebabkan sehingga 80 peratus sel-sel kanser mati .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon