Khasiat Kunyit Rawat Luka


Khasiat Kunyit Rawat Luka | Semua orang sudah tentu mengenali kunyit yang dikenali dengan nama Curcuma longa dalam bahasa saintiiknya . 

Kalau membeli kunyit di kedai atau di pasar , kita dengan mudah dapat membezakannya dengan halia ( zingiber ) dan cekur . Apa tidaknya , baik kunyit , halia mahupun cekur , ketiga-tiga bahan ini merupakan herba penting dalam masakan walaupun tak banyak masakan yang menggunakan cekur .

Perbezaan yang paling jelas antara herba-herba ini adalah dari segi saiz dan warna selain rasanya . Kalau warna kunyit adalah oren pekat , warna halia pula adalah kuning cair manakala warna cekur pula sedikit keputihan . Dari segi pokok pula , pokok halia adalah tinggi , manakala pokok kunyit pula rendah dan pokom cekur sekadar paras tanah sahaja .


Khasiat Kunyit Rawat Luka

Kegunaan


Kunyit , selain digunakan dalam masakan , ianya juga digunakan dalam perubatan herba / tradisional . Cuma , dalam perubatan herba / tradisional , khasiat perubatan hanya tertumpu kepada ibu / ubi / rezom kunyit sahaja .

Ibu / ubi / rezom kunyit selalu digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk tujuan berpantang ataupun mereka yang mengalami luka-luka dalaman .

Selain itu , ibu / ubi / rezom kunyit juga sering digunakan dalam merawat luka-luka pada anggota badan yang lambat sembuh . Selalunya luka-luka tersebut lambat sembuh sebab terkena percikan air ketika mencuci pakaian , pinggan dan juga lantai .


Cara Merawat


Cara menggunakan kunyit untuk merawat luka adalah dengan mengambil ibu / ubi / rezom kunyit sebesar ibu jari dan masak dengan sedikit minyak masak bersama asam keping dan beberapa biji manjakani . Bila sudah sebati , biarkan ia suam sedikit sebelum menyapunya ditempat-tempat yang luka .

Selain itu , boleh juga hancurkan ibu / ubi / rezom kunyit menggunakan penggiling , kemudian tepekkan ke atas luka tersebut . Tujuannya adalah untuk 
  • menghentikan pendarahan
  • mengeringkan luka
  • membunuh kuman

Jika kerap dilakukan , luka akan cepat sembuh walaupun sering terkena percikan air .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon